@nadi.daily: Saya memulakan Majlis Pecah Tanah Projek Kereta Kabel Bukit Bendera di Taman Botani dengan memetik novelis ulung Amerika Syarikat Mark Twain, “whilst it is modern and impressive, it is culturally barren”. Peringatan ini penting tatkala kita ghairah mempacul serta menjelmakan pembangunan untuk rakyat, usah kita kesampingkan kedudukan alam dan ekosistem. Sebagai anak jati Pulau Pinang, Bukit Bendera tidak asing tatkala saya telah dan pernah mendakinya seawal usia 10 tahun. Justeru, projek kereta kabel Bukit Bendera ini adalah kesinambungan baharu dalam aspek pembangunan mampan lantas selari dengan Visi Penang 2030 yang turut akan mewujudkan peluang-peluang ekonomi yang baharu untuk masyarakat setempat, selain memperteguh usaha memelihara dan memulihara alam sekitar dan ekosistem serta jangan gersang budaya. Saya turut himbau pengalaman lalu ada kalanya kurang tumpuan dari Kerajaan Persekutuan terhadap Pulau Pinang, justeru hari ini Pulau Pinang terus diberikan perhatian terutama dalam aspek prasarana asas yang terus diberi perhatian selain perumahan rakyat dan usaha menoktahkan kemiskinan. - PM Anwar #anwaribrahim #pmx #MalaysiaMADANI #malaysiatiktok #malaysia