@malaysiatribune: Daerah Penampang dan Sipitang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi. Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, berikutan banjir kilat itu Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom, Jalan Limbanak, dan Jalan Pukakon-Pomotodon di Penampang tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. #malaysiatribune