@linabaharuddin2: Sambal ta’un jawa ni buat termimpi nk makan lalu lalang @Kaksue meow jual nk tunggu ps mmg lambat terliur sgt 😂 Gigih weiiii gi pasar pgi cari bahan nk makan punye pasal Resepi ni simple je ikot tekak saya 😂 Resepi asal sambal taun ni tak letak serai so boleh skip serai tu 👌 Jgn marah tau kalau lain ke atau apa2 yg kurang SAMBAL TA’UN 250 gram kulit lembu 250 gram kerang 1 btg serai 6 biji kecil bawang merah 3 ulas bawang putih 1 ruas lengkuas muda 1 mangkuk cili api kecil kampung 1 sudu besar asam jawa 1 sudu besar serbuk pati ikan bilis* boleh ganti dgn ikan bilis blnder halus 1 sudu besar taucu *saya xde kt rumah so saya skip je *basuh kulit lembu smpai bersih air *rebus dgn garam *dah siap rebus basuh semula kulit sebab hilang kan bau *bau agak kuat so kena basuh bersih *cili api tu ikot masing2 saya suka pedas *kalau tak tahan pedas isi sikit je cili hijau * santan n asam jawa boleh je guna yg biasa korg guna * kalau pure jawa mmg x letak serai lebihkan lengkuas tpi sya mmg letak *ikot citarasa masing2 *saya dah masin sebab serbuk pati tu dah cukup rasa semua *tpi apa kurang boleh tambah sdri SAMBAL TAHUN JAWA DAN SEJARAHNYA Ada yang panggil sambal tahun, sambal taun, sambal taon.ikutla slang memasing ye Sambal tahun merupakan makanan tradisi orang jawa masakan ini memang sangat pedas hasil daripada cili padi/cili burung yang digunakan jika sekali imbas, seakan-akan masak lemak cili api tapi kuah sambal tahun agak cair. Kebiasaannya, lauk yang digunakan adalah seperti kerang, kulit lembu, perut lembu, pedal ayam, hati ayam, paru lembu ataupun ikan bilis. Nak tahu kenapa masakan ni namanya sambal tahun? Ok, mengikut sejarah orang dulu-dulu, masakan ini boleh bertahan agak lama diibaratkan macam bertahun2, ibarat sahaja yer kalau makanan yang dah bertahun, mau kena keracunan makanan lak nanti. Maklumlah, orang dulu-dulu mana ada makanan sangat jadi, kalau tak abis, besok akan dipanaskan semula dan ditambah apa-apa yang kurang. Masakan ini, semakin dipanaskan akan menjadi semakin sebati dan sedap kombinasi di antara santan dan lengkuas tu memang terbaik dan ada jugak mitos yang mengatakan sambal tahun ini hanya dimasak setahun sekali sahaja sewaktu hari raya je. Sebab tu nama dia sambal tahun. wallahu'alam.... P/S : saya tak jual kalau siapa nk beli sambal taun ni boleh cari @Kaksue meow #sambaltaun#sambaltahunkulitlembu#sambaltaunkerang

Lina 🍝🥘
Lina 🍝🥘
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 03 July 2024 11:36:36 GMT
590220
20986
664
5446

Music

Download

Comments

chaves0242
chaves :
😙nice
2025-01-09 11:09:55
1
izahaniy_323
Impian Izahaniy :
yummy 😋😋😋
2024-07-12 10:09:37
1
zubeezubir
Zubeezubir :
Jawa selangor perak selalu buat smbal taun, kt johor ni Jawa diorg xbiasa masak sambal taun. Rindu sambal taun, time raya g sabak bernam umah mkcik selalu dpt makan nih. Feveret…. Mantapppp
2024-07-04 12:45:45
64
_sai_noor
Noor Saidah :
Ish byk pulak lalu fyp. Saje je nk suruh masak jugak sambal taun ni.
2024-07-04 01:41:49
168
nrhzwnirosli
واني✨ :
kalau ikut resepi mak sye , xpayah letak serai dan halia.. cuma lebihkan lengkuas.. potong bulat nipis2... cili kampung kena banyak.. baru umph. santan jgn terlalu pekat 🤤🤤🤤
2024-07-11 07:23:52
12
bythestarcakes
bythestarcakes :
Lengkuas muda tu memang makan sekali ya dlm sambal ni?
2024-07-04 03:06:27
10
xazerax
アゼラ :
aishhh tak makan kulit lembu tp sambal taun ni buat kita curious dgn rasa dia. pls open order wak nak order 🤣🤣🤣
2024-07-04 13:40:11
25
safikahshahrul_kelapatua
SAFIKAH_SHAHRUL95 🍉🍉 :
Cili mmg letak seketul2 gitu ke.. Kalau ketuk dulu bagi pecah boleh kn.. Kalau pecah baru kickkkk
2024-07-03 16:38:09
20
zue_raidah1105
zue_raidah1105.homemaker :
terima kasih share resepi. salam ramadhan mubarak 🫰💕💕💕
2025-03-13 17:13:31
1
whoareyouhah7
Daisy7 :
kalau tk makan kerang blh ganti apa ye sis, selain perut lembu?
2025-03-11 09:47:30
0
shafieesadri
A.P B.D :
kulit ni klau dah sejuk pekat brlendir.tp sdp😅
2025-03-11 12:04:46
1
kaynaamir
alina Amiruddin :
knp time sy buat jd mcm jeli ye slh msk ke😭
2025-01-14 12:05:45
2
raihanahsheikh
cikrai sheikh :
terima kasih share resepi, lama dah cari resepi yang mcm ni, sbb igt dulu mak kawan ada buat.. sedap sgt 😭😭
2025-02-01 17:35:44
2
azuaniaziz13
Ardora Natural Kalsom :
nk cube tp tkt xjd😅
2025-02-26 10:13:32
1
kittycik
Kittyshop96. :
Kalau guna isi ayam buat sambal taun ni sedap keee ? Pls bgtau 🤣🤣
2024-07-04 06:16:26
3
anggerikbiru81
Mardhiayana 81 :
terliur sy tgok...jom cari bahan2😅😅
2025-01-08 09:02:55
1
rosiah.ramli58
Marliana Ramli :
Assalammualaikum saya nak order kulit lembu 2 kg
2024-11-19 02:22:52
2
usernameeeee2608
trisyaa :
bole tukar dengan udang ke atau sis suggest benda lain selain dalam video?
2024-07-03 17:25:16
1
mommy_ih
MommyH :
Nak tanya, sambal ni pedas dia sampai boleh pijar ke🥹 Teringin nak makan tapi tak makan pedas sangat...
2024-07-04 02:30:53
0
nooramalina88
NOOR AMALINA :
Tq resepi sis. Tiba2 rasa nak buat sendiri weekend ni tp ganti udang boleh tak? Laki tak makan kulit lembu dgn kerang 🥺🥺
2024-07-04 03:32:42
0
cik_bulan89
cik bulan :
Mmg kena letak lengkuas ke sis? Kalau xletak bole x?😂
2024-07-04 11:18:30
0
arina_cooklifestyle
ARINA |Cooking & Lifestyle :
Nak resepi baru pulak sis🤤🤤😂👍🥰
2024-07-04 15:58:31
2
hazzeerah
Haz Zeerah :
Ehh...cik ina kita la, dh fyp 🥰
2024-07-07 10:31:49
1
aqueiyka
Ms.A :
kulit lembu tu Cari mana
2024-07-04 04:24:34
1
safinasalleh29
Safinasalleh29 :
kulit lembu mna nk dpt ya
2024-07-04 01:16:11
1
To see more videos from user @linabaharuddin2, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About