@imigresenmy: KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 5 JULAI 2024 / 28 ZULHIJJAH 1445H SINDIKET PELACURAN WARGA ASING TUMPAS, 75 INDIVIDU DITAHAN DI LAPAN LOKASI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran warga asing dalam satu Operasi Khas pada 4 Julai 2024 di lapan lokasi berasingan iaitu dua lokasi di Jalan Tun Razak dan enam lokasi lain iaitu Jalan Pudu di Kuala Lumpur, Kg. Baru Subang di Shah Alam, Pusat Bandar Puchong di Puchong, Taman Andalas Jaya, Taman Bayu dan Klang Central di Klang. Operasi bermula pada jam 1.45 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan 32 perempuan warganegara Indonesia, 11 perempuan warganegara Bangladesh, 8 perempuan warganegara Vietnam, 6 perempuan warganegara India, 7 lelaki warganegara Bangladesh, 2 lelaki warganegara Myanmar dan seorang lelaki warganegara Indonesia yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 17 hingga 46 tahun. Turut ditahan, 7 lelaki warganegara Malaysia dan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia dalam lingkungan 23 tahun hingga 65 tahun. Jumlah yang ditahan adalah seramai 75 orang. Hasil semakan awal mendapati, 13 perempuan warganegara Indonesia dan 4 perempuan warganegara Vietnam yang ditahan memiliki Pas yang masih sah laku sementara 2 perempuan warganegara Indonesia dan seorang perempuan warganegara Vietnam telah tinggal lebih masa. Manakala warganegara asing lain yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini. Pasukan operasi telah merampas satu telefon bimbit, 15 naskhah pasport Indonesia, 5 naskhah pasport Vietnam, wang tunai sebanyak RM1,750.00, satu set komputer, dan 10 buah buku kerja daftar pelanggan. Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan urutan badan dan pelacuran. Pelanggan akan hadir sendiri ke premis dan memilih wanita warganegara asing berdasarkan katalog yang diberikan. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih wanita warganegara asing dengan menggunakan foto-foto mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp. Bayaran secara tunai akan diberikan kepada penjaga premis semasa pelanggan mula untuk memasuki bilik. Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM100.00 hingga RM400.00 bagi satu jam. Kesemua warganegara asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut. Manakala 7 lelaki warganegara Malaysia dan seorang perempuan warganegara Malaysia dipercayai bekerja sebagai penjaga premis ditahan di bawah Sek.56(1)(d) dan Sek.55E Akta Imigresen 1959/63. Selain daripada itu, seramai tiga lelaki warganegara Nepal, seorang lelaki warganegara Bangladesh, 14 lelaki warganegara Malaysia dan seorang perempuan warganegara Malaysia diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan. Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). DATO’ RUSLIN BIN JUSOH KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 05 July 2024 14:13:54 GMT
294592
9546
441
751

Music

Download

Comments

md.sajib.rana64
md.sajib.rana :
good
2024-09-03 02:14:33
0
choki_2021
choki_2021 :
bonus win
2024-07-25 03:20:56
0
sayanasahipstur
Nasarudinadam Nasaru :
akan mjd masalah sosial yg serius kalau warga asing terlalu ramai.
2024-07-25 03:28:25
88
user837837463112417
user837837463112417 :
apasal lah.........makin terok negara ku ni.......
2024-07-05 15:13:41
51
puspitasarivivian
PUSPITASARI :
Assalamualaikum Abang rambut panjang 👍👍🙏🙏
2024-07-05 21:15:44
12
aatanuman
aatanuman :
Yg melindungi dan membawa mereka masuk ke negara harus diambil tindakan, tak kisah apa bangsa, jgn jadikan negara sampah utk warga asing dan tempat maksiat..
2024-07-07 23:53:02
35
irnyhalimkhan
maizura khan :
ini la Malaysia.....
2024-07-25 02:41:29
12
karambiacondong9034
NYAMUK NAKAL🦟 :
MCAM2 ADA DI IBU KOTA KUALA LUMPUR
2024-07-08 16:53:40
5
tengkushafik1
TUAN SHAFIK (TS) 🤚🐯🌺☪️🇲🇾 :
Syukur Alhamdulillahir Rabbil'Alamin Alrahmanir Rahim 🤚🐯🌺☪️🇲🇾
2024-07-06 07:01:28
8
agi_gibb
Deen :
Kasi clear kawasan Tuan2, tangkap je kalau takde dokumen, proses hantar balik
2024-07-10 12:11:16
6
thevaappu
❤️theva 🤍💙 :
Terima kasih kepada pihak berkuasa Imigresen 🥰💪💪💪💪
2024-07-25 23:31:37
10
chang3692
Chang :
👍 teruskan usaha pembersihan 👏👏👏👏👏👏
2024-07-23 07:22:07
7
shazelyemma74
emma :
ada kan undang yg berat supaya yg kosong takut UTK berumah di Malaysia ni ..
2024-07-15 13:11:43
6
eddyhamid125
eddyhamid125 :
hebat malaysiaku..kdn mentri kalah
2024-09-01 17:33:56
0
nanthakumarannantha0
nanthakumarannant3 :
pihak berkuasa tlh pun keluarkan 200 ribu kad (IC) kpd warga asing fikir2 lah sahabat ku??????
2024-07-25 13:15:01
0
sharon2517
sharon2517 :
Rumah terdekat i pun ada juga
2024-07-10 16:24:22
3
azzuddinharunazzu
dinjanggut :
Teruskan usaha murni ini . jangan gentar dan takut tuan . kita lebih gentar dan takut bila di hadapan Allah nanti . Allah mudah kan segala urusan tuan tuan .amin
2024-09-01 04:54:40
2
khasya30
khasya :
meru, Klang masih banyak lagi ni..
2024-09-01 00:46:38
2
qiraprincess
QIRA ZAHRAA :
terbaik
2024-07-05 14:57:53
4
princessofazuan
princessofazuan :
🤣🤣🤣tp kite ade menteri yg suka warga asing ni
2024-07-26 07:24:58
3
karim50071
Karim@5007 :
terbaik jim
2024-08-03 12:04:04
2
nadzrichhunter2569
KhalifaRichHunter :
Kasi bersih Malaysia
2024-07-30 07:06:43
2
abg_jef66
ABG JEF 66⚓🇲🇾⚓ :
Hayoooo...😅mana ..??Ain harapan suram, win Wan Nur,mr ri, Riki, sudah tengok belum, ini tempat buat filem sinitron,ternyata ramai juga ya artis dari Sono..🤣🤣Hebattt..👏👏👏👏
2024-09-02 13:31:12
1
aswdmrza
Keng :
petaling street dah boleh dah kot
2024-09-01 06:48:48
1
nordin6602
Nordin66 :
pulihkan semula nama baik J IM
2024-09-01 06:21:27
1
To see more videos from user @imigresenmy, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About