@latchitright: Semua perkara di dunia memerlukan usaha. Nak makan, perlu suap makanan masuk ke dalam mulut. Nak pandai berjalan, pun kena usaha untuk mengensot dan merangkak dahulu. Hakikatnya, nak menyusukan anak dengan susu ibu juga memerlukan usaha. ✅ Sebelum nak pandai menyusukan anak, ibu rasa sakit dan trauma bila nipple luka ✅ Sebelum nak pandai menyusukan anak, ibu kekok nak pegang bayi ✅ Sebelum bayi nak pandai menyusu, bayi kena usaha buka mulut dengan luas dan latih guna otot-otot sekitar mulut dan lidah ✅ Sebelum mahir tentang penyusuan, ibu dan anak perlu bekerjasama sebagai satu kumpulan (as a team) Tapi adakah bermaksud ibu perlu give up breastfeeding? Tidak ibu. Walaupun ibu nampak ibu-ibu yang lain seperti lancar sahaja perjalanan penyusuan mereka, hakikatnya ujian dan cabaran hanya mereka yang tahu. Tipu jika tidak ada seorang ibu pun yang tidak merasai cabaran dalam penyusuan. Apa jua yang ibu lalui, jangan pernah lelah untuk gali lebih banyak ilmu. Kerana dengan ilmu penyusuan, insyaallah akan memudahkan perjalanan ibu, berbeza dengan menyusu tanpa ilmu. Ketahuilah ibu, susu tidak akan kering tiba-tiba jika ibu tetap beri ransangan yang konsisten. Melainkan penghasilan makin berkurang dan berkurang disebabkan ibu semakin kurang menyusu atau keluarkan susu. Dan akhirnya ia mulai tiada. Jika ibu masih ada rasa ingin susukan bayi dengan susu ibu semula, ada prosesnya iaitu relaktasi. Jangan takut untuk bertanya dan meminta nasihat mereka yang dalam bidangnya. Jangan mengalah sebelum berjuang. Semoga bermanfaat. #susudrop #susuibukering #susukering #demandvssupply #fil #breastfeedingmate #kaunselorpenyusuan #kaunselorpenyusuanjb #lactationcounselor #lactationcounselorjb #lcraihanang

LC RaihanAng | Lactation Info
LC RaihanAng | Lactation Info
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 11 July 2024 05:00:09 GMT
17917
500
31
50

Music

Download

Comments

f4zwe3n_
𝓕𝓪𝔃𝔀𝓮𝓮𝓷 🌸 :
betul ke pil perancang oralcon boleh buat susu drop? ni anak ke3 . sy minta oralcon, nurse kata pil tu boleh buat susu drop?.. tapi masa anak kedua dulu.. baby menyusu 3tahun.. saya makan pil tu ok je
2024-07-12 13:52:55
0
pqaafiqah
Pqa Afiqah :
anak sy reject botol..so as fullltime housewife sy just direct feed dye ja..masa penyusuan pendek x smpai 15minit tp kerap dlm sejam ke sejam stgh sekali menyusu..boleh dropkan susu jgk ke?
2024-07-12 01:36:26
0
a_medinacollection
ieyqahanz :
boleh sy tanya . ada x makanan atau minuman yg boleh mengurangkan susu ibu .. contoh mcm kopi ?
2024-07-11 16:27:34
0
natasha_sukacoklat
Nurulnatashamohdisa :
nak tanya lgi, kalau overfeeding kan, bleh ke baby nb kita bg pacifier?
2024-08-09 13:09:14
0
n.i.z.a.m._
KN-PAKAR LAKTASI LELAKI NO.1 :
🥰
2024-07-11 10:56:40
0
natasha_sukacoklat
Nurulnatashamohdisa :
hi nak tanya, kalau direct bf, anak hisap around 15-30 minit cukup ke tak ye untuk dia susu tu? tak pandai nak agk melainkan perah and bg botol sebab sukat 2-3 oz sekali dia minum.
2024-08-09 13:06:53
1
itsmelol2024
Its me Guys🙋🏻‍♀️ :
Kalau dah nak kering... boleh bnykkan lgi tak? Sya terstop pump... utk beberapa hari...
2024-07-27 00:33:44
0
tokmatcucilampudamansara
TOKMAT HEADLAMP COATING PRIMA :
hello , boleh ke saya letak air liur anak saya dekat tempat pam untuk meningkatkan lagi ransangan ? full epmom
2024-07-11 06:30:08
0
To see more videos from user @latchitright, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About