@zlrecos: Perfect match talaga! 😩🫶🏻 #orashare #orasharepowerbank #fyp #foryoupage #fypシ゚viral

zlrecos
zlrecos
Open In TikTok:
Region: PH
Tuesday 16 July 2024 01:01:10 GMT
792
11
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @zlrecos, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Waktu tsunami 2004, saya bersama rombongan Tun Mahathir ke wilayah Aceh dalam misi menghantar ubat-ubatan, menubuhkan klinik medan, menyediakan makanan dan menyerahkan mesin penapis air. Pada waktu itu, umat Islam baru selesai menunaikan haji dan bakal menyambut Aidiladha.  Bayangkan ada jemaah haji yang bukan sahaja kehilangan seluruh anggota keluarga malah juga seluruh kampung akibat gempa dan tsunami. Dari udara, Tun M dan isteri meninjau kemusnahan termasuk di wilayah Meulaboh, iaitu kawasan yang paling teruk dilanda bencana yang mengorbankan lebih 112,000 nyawa manakala lebih 127,000 lagi hilang.
Waktu tsunami 2004, saya bersama rombongan Tun Mahathir ke wilayah Aceh dalam misi menghantar ubat-ubatan, menubuhkan klinik medan, menyediakan makanan dan menyerahkan mesin penapis air. Pada waktu itu, umat Islam baru selesai menunaikan haji dan bakal menyambut Aidiladha. Bayangkan ada jemaah haji yang bukan sahaja kehilangan seluruh anggota keluarga malah juga seluruh kampung akibat gempa dan tsunami. Dari udara, Tun M dan isteri meninjau kemusnahan termasuk di wilayah Meulaboh, iaitu kawasan yang paling teruk dilanda bencana yang mengorbankan lebih 112,000 nyawa manakala lebih 127,000 lagi hilang. "Sepanjang pantai saya lihat betapa besarnya malapetaka yang melanda rakyat Aceh. Ini satu ujian Tuhan terhadap iman kita. Kita harus pandang ini sebagai satu pengajaran kepada kita,'' katanya. Tun berdua kemudian berkenderan meninjau Masjid Baiturrahim di Ulee Lheue (sebut ulele) di Kota Raja, selain kawasan pedalaman yang dikuasai pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Saya lihat sendiri bagaimana Tun tanpa disuruh pantas menyarungkan glove, mencapai pisau dan melakukan pembedahan kecil ke atas seorang mangsa Tsunami yang hadir di klinik medan ehsan Aman Malaysia akibat cedera dipipi ditusuk kayu. Bayangkan meskipun berpuluh tahun meninggalkan profession itu, namun Tun tidak sedikit pun kekok melakukan pembedahan. Dan selaku rakyat Malaysia waktu itu, kami tentunya berbangga kerana mempunyai Perdana Menteri sedemikian. Di Masjid Raya Baiturrahman, Tun Mahathir diberi penghormatan untuk berucap diatas mimbar masjid terbesar di wilayah Aceh itu usai menunaikan solat Jumaat bersama lebih 5,000 jemaah. Katanya, penduduk Aceh yang hampir keseluruhannya beragama Islam perlu berusaha untuk membangunkan semula wilayah mereka sehingga menjadi seperti sediakala sebelum bencana. "Saya rasa bertanggungjawab untuk mencari jalan bagi membantu rakyat Aceh meringankan beban yang mereka hadapi," kata Tun. Tambahnya, bumi Aceh yang kaya dengan pelbagai sumber semulajadinya jika dapat diuruskan dengan baik, akan dapat mendatangkan hasil yang banyak untuk digunakan bagi memajukan wilayah itu. Dan hari, apa yang diungkapkan oleh Tun Mahathir mengenai Aceh adalah benar. wallahualam. Sumber Fadzil Hj Aziz #TunM #tunmahathirmohammad #worldclassleader #respect #tunmahathir #spreadlovenothate #iblocktoxicpeople #CapCut

About