@beritapertiwi: Kerajaan hari ini disaran mengubah kaedah yang digunakan dalam menentukan ukuran penafsiran kemiskinan di Sabah apabila data yang dinyatakan dilihat tidak mencerminkan situasi sebenar. Saranan itu dikemukakan oleh ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum disusuli dengan ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyifatkan angka data tersebut agak “terbabas”. Pada masa sama, Bung turut menjemput Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk mengadakan lawatan bersama di kawasan miskin tegar di Sabah supaya nampak gambaran corak kemiskinan di situ. Terdahulu, Rafizi menyatakan bilangan isi rumah di bawah miskin tegar di Sabah merekodkan sebanyak 38 peratus atau 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia. Bagaimanapun, Bung menyifatkan angka itu sebagai “penghinaan” kepada orang miskin di Sabah kerana realiti sebenar adalah lebih teruk. “Biar YB nampak gambaran macam mana corak kemiskinannya. Jalan raya, elektrik dan air tiada,” kata Bung pada sesi jawab Lisan di Dewan Rakyat Pada masa sama, Bung turut memuji inisiatif yang dilakukan kerajaan, bagaimanapun beliau kurang yakin ia dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah kemiskinan di kawasan pedalaman di Sabah. Sementara itu, Mohd Shafie menyarankan supaya ukuran penafsiran kemiskinan itu diubah dan bukan sekadar menggunakan piawaian antarabangsa semata-mata. “Data dan kaedah serta angka yang ada Sabah ini agak sudah terbabas sedikit. Tidak mencerminkan realiti “Sejak Merdeka kita tidak berjaya atasi masalah ini kerana kita tidak ada angka dan formula betul,” kata Shafie Sumber: PARLIMEN MALAYSIA #boikotsampaimerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
Berita Pertiwi
Region: MY
Wednesday 17 July 2024 07:36:47 GMT
Music
Download
Comments
yanisuryani :
kasihan rakyat sabah.tukar kerajaan
2024-07-17 08:05:36
1
Suhaimi Mohd tahir :
rasuah dan tata kelola yg tidak baik masih lagi kuat disabah
2024-07-17 07:41:50
7
Yokk Travel :
bung ni dah lama jadi MP kinabatabgan ,apa yg Dia buat utk rakyat Di Sana , ke mana perginya duit peruntukan yg dia dapat ?
2024-07-17 14:47:04
0
@Bey Eight :
SABAHAN...JOM TUKAR KERAJAAN...
KAMI DI SEMENANJUNG SEDANG TOLAK NUAR...
2024-07-17 08:29:38
1
Sabri kecik :
apa BN buat selama ini di Sabah??
2024-07-17 12:39:45
1
marky :
mana ada. org sabah naik hilux. sebab diorng kaya
2024-07-17 07:40:42
1
bambangan :
True
2024-07-17 08:37:13
0
Mr. sai :
Mulakan tolak yb lama
2024-07-17 09:59:43
0
Akbar Nizam@E-jam76 :
rafizi Nye data memang lerrr😝😝😝
2024-07-17 09:11:49
0
Wafty Ali :
bung kau dah jadi MP berapa lama? 🤣🤣 apa gerak kerja kau nk kurangkan kemiskinan di kawasan kau. mcm takde perubahan. yg bertambah kaya kau bung komisen bini kau saja berjuta
2024-07-17 07:44:19
9
nazir_tnawsb :
🤣🤣🤣Kerajaan Madani pun dah terbabas apa nak di herankan
2024-07-17 07:57:11
2
jamaludinarahman :
Shafie Afdal and his family/brothers, Bong and all involved in corruption to enrich themselves instead of defending their own nation and race in Sabah
2024-07-17 08:47:40
0
AbdullahMat_Ismail :
orang Sabah mandi di sungai lagi ko
2024-07-17 07:43:57
0
Resist Before Defeated :
dia masih nak deny kan. betul2 korup
2024-07-17 08:21:19
0
mrmamu :
menteri pasola tido lagu ni la.. bukan turun padang tgk pun.. hentam je bg statement.. undekk btl . pastu merengek kucing hilang . puihh...
2024-07-17 07:45:28
0
INTERSELLAR :
jalan kat Semporna macam haram jadah. berlubang sana sini
2024-07-17 07:49:17
0
MrSyaf :
rafizi biasalah 'pandai' bermain dengan formula tp hakikatnya indah khabar dari rupa.. sblm ni kata bulan julai 2024 nk menoktahkan miskin tegar di sabah.. rupanya itu hanya sekadar SPIN 😌
2024-07-17 07:52:00
0
To see more videos from user @beritapertiwi, please go to the Tikwm
homepage.