@beritapertiwi: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan haiwan peliharaannya sudah kembali ke kediamannya dengan mengalami sedikit kecederaan. Ahli Parlimen Pandan itu berkata kucing yang diberi nama Muffin pulang selepas lima hari berjauhan daripada keluarga Timbalan Presiden PKR tersebut. “Muffin sudah balik dengan sendiri pagi ini dan mengalami sedikit kecederaan mungkin masa ia terjun dari bumbung. Ia suka panjat pagar dan naik ke bumbung. “Namun semuanya dalam keadaan baik. Ia kelihatan ketakutan berjauhan selama lima hari. Terima kasih yang ulang kicau dan berdoa,” katanya. Sumber: X Rafizi Ramli #boikotsampaimerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi