@bernamatvofficial: Bapa Allahyarham Zulfarhan, Zulkarnain Idros dan ibunya Hawa Osman sujud syukur sebaik selesai pendengaran keputusan rayuan enam bekas penuntut UPNM di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM selepas didapati bersalah membun*h Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu. Sekali gus mengetepikan hukuman penjara 18 tahun terhadap tertuduh yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi. 📹 : Nazahiyah Mohd Hadzir #zulfarhan #upnm #mahkamah #mahkamahrayuan #sujudsyukur