@beritapertiwi: Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin mengingatkan kepada Malaysia untuk berfikir sekali lagi tindakan menjual sebahagian saham milik Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada BlackRock. Ujar Kadir, kesyahidan Allahyarham Ismail Haniyeh memberi satu peringatan kepada Malaysia adakah ia akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam menjual sebanyak 25 peratus saham MAHB kepada syarikat berkait Isr4el tersebut. ”Malaysia usahlah bersenang-lenang serta lalai dengan agenda perisikan dan pembunuhan politik Isr4el memandangkan negara berada jauh daripada radar konflik negara haram itu.“ Katanya di laman Facebook beliau hari ini, hatta ketika ini Malaysia sudah terlibat langsung dengan kes bicara individu Isr4el, Avitan Shalom atas tuduhan memiliki dan mengedar senjata api di negara ini bagi menjalankan agenda perisikan mereka. Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa BlackRock sememangnya mempunyai kaitan ideologi dan perniagaan yang rapat dengan Isr4el. Sumber: FB A Kadir Jasin #BoikotSampaiMerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi