@beritapertiwi: Susulan kematian komander tertinggi, Fuad Shur yang syahid dibunuh oleh Isr4el pada Rabu lalu, H1zbullah dengan rancaknya melancarkan serangan balas iaitu puluhan rokertnya diterbangkan ke utara Isr4el. Tindak balas H1zbullah yang berlaku pada Khamis itu merupakan serangan pertama mereka selepas Isr4el melakukan serangan maut di selatan Lubnan baru-baru ini. Memetik AFP, pejuang H1zbullah melancarkan puluhan roket yang dikenali sebagai Katyusha sebagai serangan balas rejim haram Isr4el yang turut membunuh sejumlah orang awam di Lubnan. Tentera Isr4el pula memaklumkan, sejurus selepas tembakan roket terbabit, tentera udaranya menyerang pelancar roket H1zbullah lokasi di mana senjata tersebut dilancarkan. Konflik sempadan antara Isr4el dan Lubnan sejak Oktober lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 542 orang di pihak Lubnan dan 114 orang awam disahkan terbunuh. Sumber: AFP

Berita Pertiwi
Berita Pertiwi
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 02 August 2024 11:10:33 GMT
268
16
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @beritapertiwi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About