@beritapertiwi: Polis I5rael pada Jumaat menahan imam Masjid Al 4qs@, Sheikh Ekrema Sabri kerana berkabung atas kematian ketua politik H4m4s, Ismail Haniyeh. Susulan itu, saksi mendakwa polis I5rael menyerbu rumah imam itu di kejiranan Al-Suwwana di Baitulmaqdis Timur dan menahannya. Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, Sabri mengetuai solat jenazah ghaib untuk Haniyeh. Beliau dalam khutbahnya, menyeru penduduk Baitulmaqdis dan sekitarnya dari mimbar Masjid Al-Aqsa berkabung di atas syahidnya Ismail Haniyeh, sebaliknya beliau dituduh Isr4el cuba menghasut dan Menteri Dalam Negeri ISrael Ben-Gvir mengarah dia ditangkap. Peguam Khaled Zabarqa, yang mewakili Sheikh Sabri, berkata beliau hadir pada solat Jumaat itu dan tidak mendengar sebarang hasutan sebaliknya kata beliau, hasutan sebenar ialah daripada kumpulan Zioni5 yang ekstremis yang menggunakan undang-undang sebagai alat terhadap imam terbabit. Sumber: The Arab News #BoikotSampaiMerdeka #TvPertiwi
Berita Pertiwi
Region: MY
Saturday 03 August 2024 07:40:39 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @beritapertiwi, please go to the Tikwm
homepage.