@beritapertiwi: Pemuda Pakatan Harapan (PH) menyelar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana menggesa Himpunan Pembebasan P4l35t1n malam ini diboikot. Ketua Penerangannya, Ammar Atan berkata gesaan itu memperlihatkan Ketua Pemuda BERSATU bersifat munafik dalam isu pembebasan P4l35t1n. “Tidak wajar bagi beliau bersikap tertutup dan assobiyah dalam isu ini. Beliau seolah-olah merasakan hanya perjuangan beliau sahaja yang benar. “Tidak pernah kita dengar BERSATU menganjurkan solidariti seperti ini tetapi hanya menumpang program pihak lain. “Janganlah berhasad apabila orang lain melakukan kebaikan tetapi sebaliknya lakukanlah kebaikan bersama,” katanya. Sumber: BERNAMA #BoikotSampaiMerdeka Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi