@warta_my: Seorang lelaki berusia 27 tahun, yang dipercayai bekerja sebagai seorang paderi telah ditahan oleh pihak polis di sebuah restoran di Puchong pada 13 Ogos 2024. Penahanan ini dilakukan susulan laporan polis yang diterima daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan 5ek*ual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, kejadian tersebut berlaku antara bulan Jun hingga Julai 2024. Kanak-kanak tersebut mendakwa telah diganggu secara 5ek*ual fizikal oleh suspek yang bekerja sebagai paderi di bilik tidur sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong, Selangor. "Pengadu menyatakan pada bulan Jun hingga bulan Julai 2024 telah diganggu secara 5ek*ual fizikal oleh suspek," ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 14 Ogos 2024. Polis menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam kegiatan yang melanggar undang-undang dan menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah agar menghubungi pihak berkuasa. "Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya lagi. Kes ini sedang dalam siasatan lanjut dan suspek kini direman untuk membantu siasatan.