@jaynalist: Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Pangkalan TUDM Subang untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 17 hingga 21 Ogos. Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei diiringi isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. Turut mengiringi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad serta pegawai-pegawai kanan dari negara itu. Ketibaan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan delegasi Brunei itu disambut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, disusuli Majlis Santapan bagi meraikan delegasi Brunei. Putera Mahkota Brunei turut dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. Pada 2023, Brunei merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak US$2.04 bilion (RM9.31 bilion). #royal #royalfamily #brunei #malaysia #istana