@babypamelo: Waktu mengandungkan Pamelo dulu, mommy suka minum air kelapa di usia kandungan menceceh 3rd trimester (lepas consult dgn pakar pemakanan sebab mommy ada GDM dan Anemia). Di samping tu, doktor sarankan saya makan buah oren yg tinggi kandungan vitamin c. Buah jambu juga bagus cuma waktu itu hanya buah oren sahaja yg senang dicari (disebabkan pergerakkan terhad gara2 covid). Setiap seminggu sekali dady akan cari buah delima utk saya. Tak sangka bila keluar kulit Pamelo putih pink dan bibir merah. Bila ke besar flawles dia sampai shining2 bila kena sinaran matahari 🤣 jeles mak nya oii. Anak lagi plawless dari mak 😅 berat Pamelo waktu lahir 3.512kg guyss hampir 4kg. Nak pengsan kita teran sbb habis nafas. Nurse gertak kalau tak larat teran nanti baby mati lemas. Dengan kudrat terakhir meneran akhirnya keluarlah seketul bulat ni 🥹