@kastammalaysiaofficial: ๐ฅ๐๐ก๐๐๐จ๐ ๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐ฌ๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ญ๐ข๐ก ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐จ๐ก๐๐ง ๐๐ (๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ) ๐ ๐๐ ๐๐ง๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐จ๐๐จ๐ฃ๐๐ก ๐ฅ๐ข๐๐ข๐, ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐จ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ก๐๐๐๐ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ญ๐ด.๐ญ๐ด ๐๐จ๐ง๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐๐ก๐, ๐ฎ๐ฏ ๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ โ Satu sidang media berhubung kejayaan Kastam Selangor dalam mematahkan penyeludupan rokok, tembakau dan sisa plastik yang bernilai RM118.18 juta telah diadakan di Wisma Kastam Selangor, Pulau Indah pada petang tadi dan diketuai oleh YBhg. Datoโ Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Rampasan ini merupakan rampasan terbesar oleh JKDM bagi tahun 2024 yang melibatkan 150.26 juta batang rokok dan 30 tan tembakau menerusi penahanan dan pemeriksaan ke atas 15 buah kontena di Pelabuhan Klang, di sini baru-baru ini. Dalam pada masa yang sama, Kastam juga turut merampas hampir 35.2 tan sisa plastik daripada dua kontena di Pelabuhan Klang yang dipercayai tidak mempunyai permit import. Kesemua sisa plastik tersebut melibatkan nilai yang dianggarkan sebanyak RM70,000.00 manakala duti import yang terlibat adalah sebanyak RM21,000.00. Modus operandi sindiket penyeludupan sisa plastik tersebut adalah dengan membuat pengikraran palsu di dalam dokumen manifest import sebagai HDPE Lump bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Justeru itu, Datoโ Anis Rizana menyeru kepada orang awam agar membantu pihak JKDM memerangi jenayah rentas sempadan bagi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Tuan Ribuan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan), Puan Norlela binti Ismail, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Puan Raizam binti Setapa, Penolong Ketua Pengarah Kastam Penguatkuasaan, Tuan Zulkifli bin Muhammad, Pengarah Operasi Penguatkuasaan Zon Tengah, dan Tuan Mohamad Azhar bin Ahmad Paharazi, Pengarah Operasi Perkastaman / Perkhidmatan Teknik Zon Tengah. ๐๐ญ๐ฆ๐ฉ : ๐๐ฏ๐ช๐ต ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข ๐๐๐, ๐๐ข๐ธ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ถ๐ฃ๐ถ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐ธ๐ข๐ฎ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข๐ด๐ข๐ฎ๐ข ๐๐ฆ๐ฌ๐ด๐บ๐ฆ๐ฏ ๐๐ฐ๐ณ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ข๐ต, ๐๐๐๐ ๐ก๐ฐ๐ฏ ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฉ ๐๐ฏ๐ช๐ต ๐๐ (๐๐ฆ๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ฐ๐ณ) #MenggandingiRakanKongsi #TradisionalDanBaharu #CekapTangkasIntegriti #HentikanPenyeludupan #BerjasaPadaNusa #KastamMADANI #MalaysiaMADANI #Kemampanan ยฉ 2024 Cawangan Perhubungan Awam | JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
KastamMalaysiaOfficial
Region: MY
Sunday 25 August 2024 07:24:46 GMT
Music
Download
Comments
WakLan :
Semoga saya dapat masuk berkhidmat untuk JKDM satu hari nanti,aminn
2024-08-25 10:37:39
1
TokMa Hayyan :
tahniah JKDM Unit II Selangor dan JKDM Zon Tengah.
2024-08-25 07:47:26
0
peaceful world :
Tahniah JKDM Selangor๐๐๐
2024-08-25 07:34:17
1
To see more videos from user @kastammalaysiaofficial, please go to the Tikwm
homepage.