@beritapertiwi: Arkitek utama Masjid Negara, Allahyarham Datuk Baharuddin Abu Kassim menutup usia pada umur 95 tahun, hari ini. Berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum di laman sosial Facebooknya. Jelasnya, Malaysia telah kehilangan seorang tokoh yang disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim. Terdahulu, Allahyarham Baharuddin merupakan salah seorang arkitek utama daripada Bahagian Reka bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan yang mencipta reka bentuk Masjid Negara. Allahyarham juga penerima Anugerah Emas Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) pernah dilantik sebagai konsultan untuk kerajaan Malaysia bagi Projek Suruhanjaya Tinggi di New Delhi, India dan Islamabad, Pakistan. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin. Amiin Sumber: FB Sarly Adre Sarkum, Berita Harian #jiwamerdeka67 #masjidnegara #TvPertiwi
Berita Pertiwi
Region: MY
Tuesday 27 August 2024 08:32:39 GMT
Music
Download
Comments
amirhamzah5630 :
Al- Fatihah
2024-09-11 00:27:45
0
Pokwe45 :
Alfatihah
2024-09-03 09:21:17
0
Kamaldeen786 :
innallilahiwainnalilahirohjiun
2024-08-27 11:55:17
0
A Malek A Karim :
Innalillahiwainnailaihirajiuun...
2024-08-27 10:12:05
0
mann :
Alfatihah
2024-08-27 09:52:12
0
Nun Ahmad658 :
😢
2024-08-27 09:43:29
0
din :
innalilahiwainnaliklahirajiun alfatihah 🤲🤲🤲
2024-08-27 09:06:49
0
AMIN JALIL :
Al fatihah
2024-08-27 09:03:05
0
I ♥️ Allah SWT & Muhammad SAW :
innalillahiwainnailaihirojiun
2024-08-27 08:53:42
0
MariamAbdulManap/CtyKociComel :
Innalillahiwainnalillahirajiun....
2024-08-27 08:39:38
0
To see more videos from user @beritapertiwi, please go to the Tikwm
homepage.