@_izzat_farhan: ๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ Sebelum membeli, bandingkan harga per gram emas dengan syarikat pengeluar emas yang lain. Harga yang lebih rendah adalah lebih baik. Kita dapat beli gram yang lebih dengan bajet yang sama. Namun kena berhati-hati, semak juga kos lain yang berkaitan seperti contoh caj premium, ataupun kos upah. Tengok kadar spread sekali. ๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ Lagi rendah (atau nipis) susut nilai/spread lebih baik. Susut nilailah yang bakal menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita akan perolehi bila harga emas naik. Lagi rendah susut nilai, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya. Mengikut pakar pelaburan emas, kadar susut nilai terbaik ialah susut nilai di bawah 10%. ๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ Memastikan pembekal boleh bekalkan stok tanpa had walaupun ketika harga emas jatuh. Sebab kebanyakkan pembekal emas hanya boleh menjual emas ketika harga emas tinggi tetapi gagal menjual ketika harga emas jatuh. Kalau nak beli terpaksa membeli ketika harga emas tinggi. Ini merugikan pelabur emas. Ketika harga emas jatuh itulah masanya memborong emas dengan banyak tapi jika tersalah pilih pembekal, pelabur emas hanya boleh โmelopongโ sahaja melihat harga emas murah tanpa boleh buat apa-apa belian. Semasa harga tengah rendah sepatutnya syarikat emas tidak menutup jualan atau sekurang-kurangnya pembeli boleh lock harga emas. ๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ Cawangan yang banyak akan memudahkan kita untuk berurusan jual beli, ini sangat penting. Kita tidak boleh bergantung kepada agen atau dealer dalam urusan jual beli kerana komitmen mereka tidak menentu terutama ketika nak menjual nanti. Pengalaman saya ramai agen yang boleh menjual tapi ramai yang tidak boleh membeli. Mungkin disebabkan modal mereka terhad. Jadi adalah sebaiknya berurusan secara terus dengan syarikat pembekal, tapi jika syarikat pembekal kekurangan cawangan itu amat sukar kepada kita kelak. ๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ Kenalpasti dulu syarat beli semula dari syarikat pembekal. Sebab kebanyakkan syarikat pembekal emas mengenakan syarat yang ketat untuk membeli semula emas yang telah dijual. Antaranya perlu ada resit belian asal untuk menjualnya pada harga yang tinggi. Ada juga meletakkan syarat kondisi emas perlulah dalam keadaan asal tanpa ada kesan rosak (kecacatan). Kalau ada kecacatan mereka tidak akan membelinya semula atau beli dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga semasa. Kita terpaksa menanggung risiko kerugian bila jual di kedai luar dengan spread dari 20% hingga 30%. Ini amat merugikan kita nanti! Emas yang terbaik untuk dibeli ialah mendapat jaminan dari pembekal. Dengan memberi jaminan beli semula walaupun emas didapati telah rosak atau calar dari rupa asalnya. Jangan tersalah membeli untuk mengelakkan kerugian. #emas #emasfizikal #publicgold #learnontiktok #savingmoney #kewangan
Izzat farhan | Emas & Kewangan
Region: MY
Monday 02 September 2024 03:38:58 GMT
Music
Download
Comments
SAIFULAZHAR JB :
hadir support sahabat
2024-09-02 16:08:48
1
Firdaus Mohd :
๐ช๐ช๐ช
2024-09-02 04:57:32
1
To see more videos from user @_izzat_farhan, please go to the Tikwm
homepage.