@megat_shah: Contoh soalan temuduga kerja kerajaan SPA Apakah kelemahan anda? Kelemahan saya ialah saya suka bekerja lebih masa kerana ingin memastikan kerja yang saya lakukan siap lebih awal. Sejak di university lagi, saya suka menyiapkan kerja dengan lebih awal sehingga mengurangkan masa bersosial saya dengan rakan-rakan. Tetapi, apabila kerja saya siap sepenuhnya terlebih awal, saya dapat melakukan suatu kerja yang baru pula tanpa tekanan dan mungkin saya ada lebih masa untuk mengkaji sesuatu yang baru. Mungkin kelemahan saya ini dapat diperbaiki supaya saya dapat bekerja dengan cemerlang dan juga dapat bersosial dengan sihat. Mana tidaknya, kerja sahaja tanpa bersosial juga tidak bagus dalam kehidupan seharian.