@zocketzz: Menurutnya, wanita warga asing berusia 42 tahun dipercayai menghilangkan diri selepas perbuatannya memalsukan dokumen pengenalan diri terbongkar dan dipercayai khuatir dikenakan tindakan undang-undang. Katanya, wanita berkenaan dipercayai berasal dari Filipina menggunakan kad pengenalan milik individu lain (warga tempatan) ketika mendaftar anaknya di hospital. “Kami menerima rujukan daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HSI pada 27 Ogos lalu berikutan ibu kandung bayi didapati gagal mendaftarkan kelahiran anaknya selain menggunakan dokumen pengenalan milik individu lain bagi tujuan pendaftaran mendapatkan rawatan. #zocketzz #trending #viral #sembang