@mpksofficial: OPERASI BERSEPADU KILANG TANPA KEBENARAN DI IJOK. Jabatan Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menjalankan operasi bersepadu kilang tanpa kebenaran di dua lokasi iaitu di Taman Perindustrian Bukit Badong dan di Jalan Kandar, Kampung Harmoni pada 11 Sptember 2024. Operasi ini dijalankan hasil maklumat orang awam, risikan Jabatan Penguatkuasa MPKS dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai kilang kitar semula e-waste yang beroperasi melakukan kacauganggu bau dan alam sekitar. Semasa pemeriksaan dibuat, didapati premis disyaki menyimpan dan memproses buangan terjadual seperti metal dross, buangan bateri kering, Plastic Circuit Board (PCB) serta buangan copper scrap. Kilang tersebut diarahkan tutup serta merta dan dikenakan kompaun ekoran kesalahan tidak memiliki lesen aktiviti mengilang dan sitaan turut dikenakan melibatkan satu unit “forklift”, peralatan berkaitan E-waste. Kes ini disiasat dibawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Kuala Selangor) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dari pihak berkuasa. Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengambil sampel barang-barang e-waste untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bag proses analisis. Dalam masa yang sama, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut melakukan 3 tangkapan warga asing untuk semakan dokumen. Operasi ini dijalankan bermula jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang melibatkan 60 orang anggota dan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Ibupejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan dan Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Selangor. #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
MPKualaSelangor
Region: MY
Thursday 12 September 2024 07:22:18 GMT
Music
Download
Comments
Aziz :
good job MPKS👍👍
2024-09-13 02:45:10
0
Mick Chong :
a lot of this in Rawang area
2024-09-14 12:32:11
0
Sharudin Ismail :
good job
2024-09-25 15:22:14
0
duit segala-galanya :
ramai lagi warga asing bukak kedai makan dan keda runcit,,harap PBT ambik tindakan tegas
2024-09-12 13:27:09
29
Pemer :
semua jadi informer.
warga asing hanya boleh keje di sektor dirty,difficult,danger(3D)
tahan warga asing yg kerja di sektor Non 3D
tahan majikan mereka juga.
2024-09-13 00:15:03
20
syedzahril1 :
Tahniah yg ni kami mahu👍👍
2024-09-12 14:19:31
5
ukpostbox44 :
kilang kitar semula mmg x dibenarkn ke atau mcmna..
2024-09-12 11:21:57
4
Azahari Hassan :
dh kaya raya dhhhh
2024-09-28 13:11:45
1
PTI Hamdan 😘😘😘 :
Klang lama banyak yang kosong tuan yang kerje keliner
2024-09-30 10:45:06
0
Air-Road Asia Express 519 :
Hari tu pun saya dah agak2 dgn kilang ni. Selalu gate tutup je.. Hmmm. Selalu lori hantar jumbo bag!!!
2024-09-13 11:59:18
0
S_j :
tahniah👍
2024-09-13 00:19:31
3
D23IOI :
kenape majikan yg buat mereke keje tak di tangkap juga😁
2024-09-13 18:02:59
2
Faizul Mohd :
terbaik👍👍👍👍
2024-09-12 13:59:09
2
hatimbmaharan :
kita viralkan
2024-09-12 08:31:41
2
RyukenZo😎66669999=1 :
Ade byk lagi kasi tangkap
2024-09-13 07:14:28
1
LSCFARM :
Malaysia boleh
2024-10-07 08:22:51
0
adam_superais :
la ingat ka kt kedah selangor ka
2024-10-06 07:06:57
0
manbsp :
Tempat aku kiost surau imam besar bagi pendatang asing sewa buat niaga
2024-10-02 04:27:59
0
Zack_Joss :
👍👍 terbaik
2024-09-28 01:07:19
0
user26983659612351 :
💯 sokong
2024-09-27 15:09:21
0
猪哥仔 :
apa saya kerja dekat hp satu hari boleh buat berapa barang
2024-09-27 06:27:47
0
zuldemang :
Kat batu pahat x buat lgi
2024-09-26 05:37:14
0
Zaiton Kayat :
jgn ingat rakyaat buta.. rakyaat akan pantau berterusan
2024-09-25 21:28:28
0
KOMANDO :
area kilang bukit serdang
2024-09-25 12:39:33
0
tokehkad :
Teruskan usaha..jgn bermusim.kalau tak nk rakyat kutuk
2024-09-22 09:18:38
0
To see more videos from user @mpksofficial, please go to the Tikwm
homepage.