@beritapertiwi: Orang ramai meluahkan rasa kurang senang terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) susulan kenyataan media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengatakan Syarikat Global Ikhwan Services And Business Holdings (GISBH) didapati tidak pernah membayar cukai. Memetik Sinar Harian menurut Razarudin, hasil kolaborasi siasatan bersama LHDN mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan dan ini selari dengan siasatan PDRM yang dijalankan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ciapan seorang pengguna X bernama tukang karut tular susulan luahannya terhadap isu berkenaan. “Aku tak faham. Macam mana company sebesar GISB tak bayar cukai bertahun OK? I mean aku tersalah declare satu benda pun LHDN cari aku 3 tahun lepas tu,” katanya. Selain itu, pengguna bernama Adlan turut mempersoalkan mengapa LHDN tidak menyiasat golongan T20 terlebih dahulu sebelum menyasarkan rakyat biasa yang menjadi sasaran utama. Pengguna bernama Jajiju membuat andaian GISB tidak pernah mengisytiharkan harta sebab itu LHDN tidak dapat mengesan cukai GISBH. Dalam perkembangan terkini, Razarudin memberitahu sebanyak 34 individu berkaitan GISBH yang telah selesai menjalani tempoh reman akan ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Manakala, seramai 127 orang tahanan pula telah dibebaskan dengan jaminan selepas selesai tempoh reman. IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi #TVPertiwi #LHDN #Cukai #PDRM #GISBH
LHDN and Jakim need to be investigated as well... connections with GISB🤔🤔🤔
2024-09-28 02:45:20
15
zaiLaoshi :
this is not fair . Plss explain lhdn
2024-09-28 13:35:42
1
lionellim01 :
double standard
2024-09-28 08:40:55
0
jjwan111 :
ppls get something from GISB..
2024-10-03 00:07:14
0
anak kampong :
Patut siasat juga kenapa LHDN tidak kutip cukai dari syarikat Gisb sedangkan telah beroperasi dengan jaya ya selama pulohan tahun. Adakah ada unsur2 rasuah. Terbongkar semua.
2024-09-27 12:01:07
309
Lan Joni :
siapa yg mengarahkan LHDN jgn kutip cukai GISB?
2024-09-27 10:18:23
108
Ah Huat :
LHDN mana berani dgn Abuya
2024-09-27 10:17:52
47
mj :
betul ke org buat kenyataan itu...yg sebenar banarnya....bila dah daftar syarikat...outomatik lhdn akan hubungi syarikat jika tiada laporan kewangan diterima.
2024-09-27 09:35:23
17
To see more videos from user @beritapertiwi, please go to the Tikwm
homepage.