@drasyrafwajdi: LAWATAN KE MRSM TERENDAK RENTETAN LAPORAN MENGENAI KERACUNAN MAKANAN Pagi tadi saya menerima banyak mesej daripada ibubapa mengenai kes keracunan makanan yang berlaku di MRSM Terendak bermula semalam. Seramai 48 pelajar mengalami keracunan makanan sehinggakan seramai 6 orang pelajar terpaksa masuk ke wad kecemasan di Hospital Angkatan Tentera, Terendak. Saya terus bergegas dari Mahkota Kluang ke MRSM Terendak bagi meninjau keadaan pelajar-pelajar yang terkesan dan melakukan lawatan ke dewan selera. Terima kasih pihak Jabatan Kesihatan dan Hospital Tentera Kem Terendak yang telah membuat tindakan pantas bagi merawat pelajar MRSM. Kementerian Kesihatan juga sedang melakukan siasatan lanjut bagi isu ini serta akan mengambil tindakan termasuk notis penutupan dewan selera ini. Saya juga mengambil peluang melihat fasiliti-fasiliti di sini dan begitu sedih dengan keadaan bilik guru dan tandas di bangunan akademik, tandas di asrama putera dan puteri yang banyak tidak berfungsi dan rosak. Saya telah meluluskan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik-pulih 4 fasiliti asas: 1. Tandas-tandas di Bangunan Akademik 2. Bilik guru di Jabatan Sains 3. Tandas-tandas di Asrama Putera dan Puteri 4. Pintu-pintu kelas akademik yang rosak teruk. Saya telah berikan tempoh masa selama sebulan kepada Pihak Pengetua dan pengurusan MRSM untuk menyelesaikan isu-isu penyelenggaraan fasiliti ini. Kebajikan para guru dan pelajar adalah menjadi keutamaan kami di MARA dan suasana yang kondusif amat penting untuk keselesaan semua bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tiada kompromi jika ia melibatkan isu kesihatan dan keselesaan para pelajar. Saya akan terus memantau dan memastikan isu seperti ini tidak berlaku lagi. Jika ianya berlaku, boleh terus laporkan kepada saya di ruangan komen TikTok ini. #MerakyatkanMARA #MARAGemilang #MARA #MRSM #FYP
Omgg pls do something, kesiann dohh😭😭😭 standard damn lowww
2024-09-29 22:36:54
6
NOBODY :
this is the resukt of when contractor do with low budget end of low quality not only school its happens everywhere !
2024-10-22 18:56:16
0
A|-Quds Legendary Gaming :
So Sad
2024-10-04 11:35:37
1
Rezwan Wan Rea :
respect yb😁👍👍👍👍👍👍👍🙏
2024-10-02 15:39:25
0
Le on :
Salute for you Sir 🫡
2024-10-02 03:56:26
1
luqman :
dark side of MRSM
2024-10-03 09:07:30
1
Hi :
Bro do whole Malaysia. Give tenders to those who can do. Don’t ikut suka give tenders like Bribe in tender and give to them. This kinda things happen.
2024-09-27 15:40:57
7
K.Long :
🫰🫰🫰
2024-10-01 09:49:46
0
ᴴᵃᵗᵉᵐᵉ :
Aku nangis bab , bila part pelajar tu bgtau mak dia baru meninggal🥹 , innalillahiwainnalilahirojiun semoga ditempatkan digolongan org² yg beriman🤲🏻
2024-09-27 13:05:59
4316
QaqaKonah :
Tak sangka mcm ni tahap kebersihan di DS MRSM Terendak..innalillahiwainnailaihirojiun.salam tahziah buat adik tadi atas pemergian mak tersayang.
2024-09-27 15:01:00
3110
Sur :
i cried ..satu sebab adik yang mak dia meninggal...sebab ke dua, tak boleh bayang macam mana anak2 hidup dengan keadaan toilet mcm tu..
2024-09-27 14:40:29
1746
user1652127797877 :
Malu bila Pengerusi MARA ckp ni mrsm yg paling teruk
2024-09-27 15:43:27
1108
Lieza MK :
Anak sy bersekolah di MRSM terendak.. saya pun tertanya² kenapa MRSM terendak sedemikian rupa. Bila di tanya disebabkan MRSM Terendak dibawah kelolaan ATM.
Boleh jelaskan ?
Sy x faham knp ?
2024-09-27 15:05:42
573
ann homemade :
bkn mrsm je...asrama dan skolah bwh kpm pon sama jugak.pibg kn main mahal.mintak yb fadhlina bertindak sama mcm dr jugak...buat spotcek mengejut
2024-09-27 13:25:11
654
as :
Dato' ... jangan buat malu MRSM... nak baiki tandas pun takde duit ...dah 2 tahun !!!
2024-09-27 12:41:38
454
Junaidah Jue :
Sebak tgk anak kehilangan ibu tercinta🥺salam takziah
2024-09-27 14:31:29
745
Ramlan Adam2 :
MRSM TERENDAK KE
2024-09-27 14:09:44
447
kinn :
daifnya,dh 36 thn duk Melaka...baru tau keadaan MRSM kem Terendak mcm ni.... kesian pelajar2
2024-09-27 15:34:59
315
Jaz Nation :
Lajunya Dato sampai. Pagi chat terus dtg pi check. Teruskan belerja utk rakyat dato
2024-09-27 13:34:36
506
DrAmalAmani :
luarbiasa Pengerusi MARA Dr Asyraf Wajdi ni buat kerja !
Inilah pentingnya amanah diletakkan di tempat yang betul..
2024-09-29 03:26:33
230
mimi_ali :
Salute Dr. Ashraf. anak sy salah seorang mangsa keracunan mkanan di situ. lega dgar toilet akn dibaiki. kesian selamani anak ke toilet yg jauh. tq 🙏
2024-09-27 13:27:40
222
ARe_YoNg 😘😘 :
alamak...Sy br je ada dftar kn Ank msuk MRSM Terendak ni😅
2024-09-27 16:11:30
54
MamaDK :
Tolong jdi menteri pelajaran pulak lepas ni DR. Menteri cmni yang diperlukan
2024-09-27 13:16:46
78
NLH788 :
cadangkan saya la kalau ada peruntukan baik pulih bangunan kerjaan salaurkan peruntukan tu ke giat mara/ vokesional bagi student2 yg berkaitan kerja2 pembaikan utk dapat pengalaman kerja sambil belajar dgn di pantau pengajar harap nampaklah cadangan saya yg x seberapa ni kalau x faham mungkin saya boleh lukis
2024-09-27 14:04:29
81
To see more videos from user @drasyrafwajdi, please go to the Tikwm
homepage.