@anwaribrahimofficial: Pagi ini saya telah menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat bersama delegasi. Kami kemudian langsung menghadiri Majlis Mantap Malaysia Bersama AI anjuran syarikat gergasi teknologi tersebut. Majlis ini membuka tirai kepada pengutuhan kerjasama antara Malaysia dan Google bagi mengorak langkah ke arah memperkukuh penguasaan ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI) di negara ini. Malaysia telah melalui beberapa siri transformasi industri — daripada negara yang kebanyakannya bergantung kepada komoditi dan hasil tuaian, kepada industri pembuatan dan perkhidmatan. Saat ini kita memiliki peluang terbaik untuk memangkin transformasi digital yang akan membolehkan kita meningkatkan daya saing negara, menambah baik ketelusan serta tatakelola, dan membantu usaha mengurangkan pelepasan karbon — selari dengan aspirasi kerangka Ekonomi MADANI. Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Google yang memberikan dorongan, bantuan, pelaburan serta nasihat kepada kita untuk mara ke hadapan di persada global industri digital terutamanya dalam bidang pengkomputeran awan, AI serta pembangunan infrastruktur pusat data. Pelaburan baharu Google di Malaysia berjumlah AS$2 bilion yang diumum akan mencetus perkembangan ekonomi digital di negara ini serta melahirkan modal insan berkemahiran dalam kalangan anak-anak watan. Alhamdulillah, berkat ikhtiar dan penat lelah Kerajaan MADANI menggerakkan reformasi ekonomi, Malaysia telah diberikan perhatian sebagai satu gelanggang pelaburan bermakna untuk mengangkat kita dalam dunia digital. #MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 01 October 2024 08:56:09 GMT
43342
2986
193
143

Music

Download

Comments

max.diavel
Max Diavel :
Please continue to be PM for the next 15years.
2024-10-01 10:15:50
96
aeidahassan
🤍🕊️ :
steady pmx❤️❤️❤️
2024-10-01 16:26:27
14
natthanooi
soo hock ooi :
Dreams ?
2024-11-30 23:35:38
0
umzarul
UMZA :
PMX.. Proud of you
2024-10-01 12:19:06
16
cornellius__
marsh :
so proud of you PMX THE BEST 💪💪💪
2024-10-01 09:07:04
19
kubiskenit
Momo chin :
PMX THE BEST 🔥
2024-10-01 09:31:26
13
agussalimmanb.osmanbasri
man untung :
i love u pmx
2024-10-01 12:57:26
5
kekeeee750
kekeeee750 :
Thank you all for respecting our PM. He is trying so gard to build this country back up again 🙏💕
2024-10-01 16:02:20
5
To see more videos from user @anwaribrahimofficial, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About