@warisanpahlawanmelayu: SILAT KURA-KURA ni wujud sebelum adik-adik lahir lagi. Kenapa adik-adik rasa adik-adik layak untuk bersenda pasal seninya? Betapa rendahnya nilai budaya silat di mata anak bangsa zaman sekarang ni sampai mempersenda. Adik-adik, setiap daerah pasti berbudaya. Keunikan budaya inilah cara kita kenal identiti setiap daerah. Sebab itu bila tak tau, kena belajar. Bukan setakat belajar tapi berguru sehingga kita menjadi 'ahli'. Bila dah 'ahli' baru kita tahu bila perlu kita buka mulut, bila kita perlu diam. Belajar dan berguru dua perkara berbeza. Nak belajar, guna mata dan telinga sahaja dah boleh belajar. Tapi berguru perlu sekali dengan hati. Dari situ lahirnya adab berguru. Kasihkan guru dan kasihkan ilmu. Walau berpuluh tahun belajar, selagi kita mengkeji, membongkak dan membangga diri, yakinlah yang ilmu kita tu belum setara mana. Carilah semula guru kita agar dapat perbetul diri. Setiap perguruan silat melayu pasti termaktub rukun "tidak khianat, dan tidak mencaci serta menghina silat melayu yang lain", untuk melatih jiwa ahli agar tak sombong dan saling menghormati sesama insan. Ilmu persilatan melayu ni bukan boleh beli sebarang2 dgn duit. Murid bukan tuan, guru bukan hamba. Zarrul Aizat #silatkurakura #silat #keris #gayongmalaysia #fyp #fypp #fypシ゚viral #mobilelegendmalaysia #pubgmobile #pubgmalaysia🇲🇾
wpm@Melayu
Region: MY
Tuesday 01 October 2024 10:13:14 GMT
Music
Download
Comments
Shahruddin ahmad :
wahai adik adik sekalian renung renung kan lah ke dalam pelusuk hatimu dan belai lah kesenian melayu moga moga bertemu jawapan dan akan tahu apa erti seni Melayu dan perjuangannya insyaallah yer dik
2024-10-23 14:37:00
1
TOK HARIM@U :
AL Fatihah buat guru-guru lama dan guru baru
2024-10-13 00:59:33
1
Shahruddin ahmad :
assalamualaikum Al-Fatihah buat seluruh guru guru yang telah kembali ke rahmatullah semoga dilapangkan kuburnya dan sentiasa tenang disisi Allah s.w.t amin ya Rabbal Alaamiin
2024-10-23 14:33:38
0
ArieeBaginda :
teguran tuan penuh dgn isi... sy ambil tegerun tuan ini dgn penuh hormat.. akn sy guna kan pd masa akn dtg pd org lain yg lupa akan pasal warisan melayu kite... Adat di junjung warisan di martabtkan.
2024-10-13 14:31:54
0
aipraf :
🥰
2024-12-27 20:10:58
0
Myrullz’s :/ :
hanya orang yang tidak mengenal rahsia alam melayu akan berkata buruk tentang melayu. Andai kata mereka tahu betapa hebatnya bangsa melayu, pasti akan berbangga mereka dengan warisan yang ditinggalkan
2024-10-03 14:10:20
3
kedai kg :
seni unik...
2024-10-02 01:46:19
3
To see more videos from user @warisanpahlawanmelayu, please go to the Tikwm
homepage.