@mcdmalaysia: Sejak dari tahun 2017, McDonald’s Malaysia akan melawat ke pusat jagaan anak-anak yatim pada bulan Oktober dengan membawa kemeriahan sambutan hari jadi secara besar-besaran melalui salah satu usaha kemasyarakatan Mekdi, Bulan Komuniti McDonald’s. Untuk melancarkan Bulan Komuniti pada tahun ini, warga kerja Mekdi telah menyantuni Rumah Titian Kasih yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Adik-adik dari Rumah Asnaf Raudhatul Al-Faeez dan Pusat Jagaan Kasih Murni juga turut hadir memeriahkan suasana pada hari tersebut. Usaha ini telah menyuntik memori indah buat mereka. Senyuman dan gelak tawa inilah yang menjadi pendorong utama kami untuk menyumbang semula kepada komuniti. Ikuti program Bulan Komuniti McDonald's sepanjang bulan Oktober ini. #BulanKomunitiMekdi #McDonaldsMalaysia #ProgramKomunitiMcD&RMHC