@chabeez1: Saifuddin nafi 1.2 juta warga China tinggal secara tak sah Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan 1.2 juta warga asing dari China tinggal secara tidak sah di negara ini. Beliau berkata, dakwaan dibuat oleh Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) itu jauh tersasar dan tidak sepatutnya dipertahankan. Kenyataan 1.2 juta orang China masuk, tak keluar (itu) cukuplah. "Itu dakwaan yang tersasar sama sekali, tak boleh dipertahankan berdasarkan kepada fakta dan angka yang saya bentangkan," katanya semasa ucapan penggulungan ucapan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini. Saifuddin berkata, warga asing yang tinggal di negara ini adalah pemegang pas jangka panjang. "Mereka adalah warga asing pemegang pas jangka panjang. Memang dia tinggal sini, dia tidak balik sampai pas jangka panjang dia tamat. Boleh jadi tiga tahun, boleh jadi lima tahun. "Ada juga warga asing yang masuk, kemudian terlebih tinggal tetapi kita buka Program Rekalibrasi, mereka daftar. Jumlahnya ini lebih kurang satu juta. Pas jangka panjang lebih kurang 2.6 juta," katanya. Selain itu, beliau menjelaskan warga asing yang ada di negara ini melibatkan pelbagai jenis pas. "Pas ini termasuklah Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Sosial Suami Isteri kepada Warganegara, Pas Diplomat, Pas Pelajar, Pas Residen, Pas Penggajian, Pas MM2H (Malaysia Rumah Kedua Ku) dan banyak lagi pas. "Selama mereka memegang pas ini, ada tempoh mereka dibenarkan tinggal, jadi rekod mereka tak keluar," katanya. #perikatannasionalsakau #perikatannasionalbestsakauduitrakyat #perikatannasional8481 #paspartiajaransesat #kepalajimbetkau #malaysiamadani #phbngengkita #tiktokersumno #sakau #fyp #foryou #💙40❤️ #lanunt40 #bee40 #chabee40
Chabeez
Region: MY
Thursday 03 October 2024 01:55:39 GMT
Music
Download
Comments
kphlee :
👍👍👍👍👍👍 2022
2024-10-03 04:01:26
1
Stephen :
PN xde modal lain
2024-10-08 04:36:55
6
Amr 2024 :
trbaik kerajaan perpaduan
2024-10-03 13:32:33
13
kphlee :
EUROP /JEPUN DAN CHINA MEREKA B'NESS KAYA ..LOL
MEREKA BUKAN ROHING NYA
TAK PAYAK FITNAH 😂😂😂😂😂
2024-10-03 04:16:45
9
𝓙𝓞𝓔𝓡𝓐𝓖𝓤𝓔𝓛 :
tuuu...hamzah dengar
2024-10-03 23:01:18
5
Guinevere :
lepastu walaun2 tuduh zaman ph.
2024-10-03 14:23:59
5
man :
un terkecewa bila tgok ni
2024-10-13 11:49:59
4
fatimah Autopilot :
Hahahaha mcm2 firnah
2024-10-03 11:08:37
4
To see more videos from user @chabeez1, please go to the Tikwm
homepage.