@alami.alhaq: ﷽ ILMU LADUNNI Dari segi bahasa, ilmu LADUNNI terdiri daripada dua kata dalam bahasa Arab, iaitu “ILMU” dan “LADUNNI” berasal dari zaraf makan (kata yg menunjukkan tempat) “ladun” atau “ladayy” yg merujuk kepada makna ilmu di sisi Allah SWT. Manakala, dari segi istilah para ulama memberikan makna yg pelbagai. Antaranya: Menurut Imam al-Ghazali (505H) dlm kitabnya Ihya’ Ulumuddin, “ILMU LADUNNI ialah ilmu yg tersingkap dalam hati tanpa terkait dgn sbb luaran.” Menurut Imam al-Baydawi (685H), ILMU LADUNNI ialah ilmu yg berkait dgn Allah dan tidak diketahui kecuali dgn taufiq daripada-Nya serta ia terdiri daripada ilmu² ghaib. Berdasarkan takrifan di atas, perbahasan tentang ILMU LADUNNI berada di bawah kategori ilmu yg diperoleh langsung daripada Allah SWT. Ilmu ini apabila terjadi pada diri seorang nabi, ia dinamakan sebagai wahyu. Apabila ia dialami oleh orang yang bersih hatinya, ia dikenali sebagai ilham. Hal ini bermakna bukan sembarangan orang yg memperoleh ILMU LADUNNI ini bahkan mungkin hanya golongan tertentu sahaja. Sebahagian ulama menyatakan bahawa ilmu ini diperoleh melalui suatu proses pembinaan kekuatan dan kesucian qolbu & jiwa. Manakala tentang apa yg diperoleh melalui ILMU LADUNNI ini, sebahagian ulama mengkhususkannya kepada ILMU GHAIB dan RAHSIA yg datang dengan KURNIAAN ALLAH SWT. Namun begitu, menurut Imam al-Taftazani (793H), ILMU LADUNNI mahupun ilham tidak menjadi sumber ilmu bagi setiap orang, justeru ia juga tidak boleh dijadikan kayu ukur utk mengesahkan atau menyalahkan mana² pihak lain. Natijahnya, ILMU LADUNNI yg terhasil bagi seorang individu tidak layak dijadikan sandaran bagi menghukum pihak lain ataupun dijadikan pandangan rasmi mana² kumpulan. Atas dasar ini jugalah ada sebahagian ulama mengkhususkan perbahasan ini hanya kepada peristiwa antara Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS kerana tiada sebarang perincian lain yg boleh dijadikan sandaran atau rujukan bagi menghuraikannya. Penamaan ILMU LADUNNI secara khusus berdasarkan ayat 65 Surah al-Kahf pada perkataan "MIN LADUNNA ILMA" فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا 'Ertinya: Lalu mereka dapati seorang dari hamba² Kami yg telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami' Para ulama seperti Imam al-Razi (505H) menyatakan bahawa ILMU LADUNNI diperoleh melalui jalan mukasyafah/kasyaf (singkapan hati). Dalam hal ini, Nabi Khidir AS tidak terikat dgn syariat Nabi Musa AS kerana Nabi Musa AS diutuskan kpd Bani Israil & tidak diutuskan kpd Nabi Khidir AS. ILMU LADUNNI merupakan sebahagian daripada ilham yg berbentuk lintasan hati yg baik berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri RA:[6] ‏ اِتَّقُوا فِرَاسَةَ المُؤْمِنِ فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بِنُورِ اللَّهِ ‏ Maksudnya: Waspadalah dgn firasat org mukmin kerana sesungguhnya org mukmin itu melihat dgn cahaya ALLAH. Berdasarkan zahir hadis ini, dapat difahami bahawa firasat adalah sama ada suatu bentuk singkapan yg berlaku pada hati para WALI ALLAH, justeru mereka mengetahui hal-ehwal sebilangan org sebagai suatu bentuk karomah atau sangkaan yg benar dan jangkaan. Selain itu, firasat juga merupakan suatu pengetahuan yg terhasil berdasarkan petanda, percubaan, tabiat dan tindak-tanduk yg membolehkan seseorang mengetahui tentang hal-ehwal sebahagian orang. Berikutan itu, pandangan orang mukmin itu secara umumnya merupakan pandangan yg baik kerana dia mendapat cahaya petunjuk drpd Allah SWT, bukan kerana tahayul, khurafat & sebagainya. Walau bagaimanapun, ilham itu mungkin sesuatu yg baik atau sebaliknya, justeru ia perlu dikembalikan kepada landasan Syariah. Wallahua'lam #peradabansufi #melayu #melayubertauhid #tauhid #bertauhid #nusantara #akhirzaman #bangsabertauhid #tauhidsufi #tauhidtasawuf❤️ #tauhidmakrifattulloh #bumitauhid #zikir #istighfar #selawat #ahlillah #makrifat #makrifatullah #sollualannabi #karomah #ladunni #laduni #firasat #sirrullah #fyp #fypシ #fypage #kongsi #ilmu

ALAMi AL-HAQ
ALAMi AL-HAQ
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 07 October 2024 06:12:27 GMT
23802
2585
113
648

Music

Download

Comments

pelitasenjakala_ruh
PelitaSenjakala_Ruh :
sbb Dy mengenal yg dzohir dan yg bathin
2024-10-08 03:05:37
5
reenmujahidah3
ReenMujahidah3 :
Dah pernah kena label sesat ngn family bila buka cerita 😕
2024-10-09 10:31:03
3
pengerepan
Ꭾ᥆ᦵ𝚔ຂ⑭ :
Wallahi ini benar. Ibundaku pernah bercerita tentang seorang mursyid di kampung kami. Dulunya ialah seorang yg awam, tak bisa mengaji, tak mengenyam pendidikan, sering dikucilkan, tetapi dalam hatinya
2024-10-11 01:08:06
3
rajamudaperangtempurnaga
syeikhkibri ali :
Masyaallah tabarakallah terima kasih ustaz atas penerangan yg penuh bermanafaat utk semua yg suka berbalah ttg ilmu laduni 🙏🙏🙏🙏🙏🙏
2024-10-09 00:14:08
3
yayanita12
yayanita :
siape yg mengalami yg faham akan perjlnan ini.ia akan berlaku kpd seseorg itu dgn x secara langsung merasa Dan melihat serta hembusan disekeliling apabile pernafasan tiada yg nyata hanya ia.
2024-10-10 04:51:28
3
wanbustari
wanbustari :
terima kasih Baba tuan guru ku
2024-10-09 13:12:54
3
hanleeyun81
Yuyun Hanleeyun :
teringat arwah guru aku.....ilmu ladunni ni mmg ada bagi insan yg terpilih sbb ia direct drp Allah
2024-10-27 18:21:40
1
az_zabaniyyah
FaezMahadi :
لاَإِلَهَإِلَاالله ☝️
2024-10-09 04:59:40
2
ridhwan_09
ridhwan 😇09 al ridhwan :
Aamin Aamin yra
2024-10-07 21:44:49
2
sirulasror11
•Sirul"1447• :
benar✅
2024-10-07 16:57:11
2
sarif.sayuti
Sarif Sayuti :
Kongsi ilmunya...tima kasih
2024-10-14 13:06:06
1
kakyah_melor
kakyah_melor :
ya betul, amin amin amin
2024-10-10 06:39:10
1
shawalomar
matt :
Laailahaiallah Muhammad Rasul Allah
2024-10-10 05:38:06
1
hashimkmponglpaikdh
Hashim lepai Alor Setar Kedah :
masyaallah Aamiin
2024-10-10 04:17:04
1
alias3928
SaliaS7979 :
Allah Huma Solli ala Sayyidina Muhammad
2024-10-10 03:53:37
1
juminidaham
daham :
bismillah Alloh Humma sholi Alla saidina Muhammad waala alli saidina Muhammad.❤️❤️❤️🙏
2024-10-10 03:50:12
1
zarisma29
👉ZarismA👈 :
Alhamdulillah..
2024-10-10 03:15:47
1
zariah5
Zariah :
Subhanallah
2024-10-10 03:10:16
1
user6134926125859
user6134926125859 :
benar. ingat ketika Nabi Ibrahim as mencari Allah swt. krn keikhlasannya. mk dibuka hijab alam bagi nya. dr sanalah ilmu agama Allah diperoleh😊
2024-10-10 00:11:35
1
she_ly89
SHE£¥11 :
Tq kasih atas penjelasan.
2024-10-09 19:14:22
1
hafiz_ibrah83
hafiz_ibrahim :
alhamdulillah 🥰
2024-10-09 15:00:35
1
marinaaaazzz
🌺 :
subhanallah laa ilaha illallah Muhammadur rasulullah allahumma sholli ala sayyidina muhmmad wa ala ali sayyidina muhmmad shallallahu alaihi wassalam wassalimutaslima 💚
2024-10-09 08:09:09
1
nisambs1.0
NisaMBS1.0 :
👍👍🩷
2024-10-31 00:44:29
0
anamahanaanamahana
ANNALOFA 💚 :
@ANNALOFA 💚:Salollahu ala Muhammad ♥️YA Allah kurniakanlah kedua anak lelaki ilmu Ladunni... Kurniakan anakku2 ilmu yg menafaat yg sentiasa mereka amalkan.. Aamin ya Rabbal Alamin
2024-10-29 13:06:45
0
sufi7176
Sufi :
ustaz..andai seorg menerangkan secara detail tentg Alquran cth buln bintg yg ditipu kaf fa Ra..tp perlu diberitahu kpd umm oleh seseorg mcm MN tu ?
2024-10-25 00:47:18
0
To see more videos from user @alami.alhaq, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About