@astronews1: Lebih 1,500 mangsa banjir direkodkan di seluruh negara membabitkan Johor, Kedah, Perak, Selangor dan terbaharu di Melaka. Johor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan lebih 500 orang ditempatkan di 8 PPS di 3 daerah di negeri berkenaan. Ia diikuti Kedah, Perak, Selangor dan Melaka yang turut mengaktifkan beberapa PPS di negeri masing-masing. #Banjir #NADMA #AstroRadioNews