@beritapertiwi: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memberi keterangan berhubung hantarannya di Facebook yang menyarankan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Bloomberg. Dalam hantaran di Facebook hari ini, Isham berkata, beliau akan berbuat demikian pada petang ini selepas dihubungi IPD Putrajaya. “Petang nanti saya akan pergi ke IPD untuk beri keterangan. “Keterangan saya ialah, saya telah sarankan PMX (Perdana Menteri) untuk saman Bloomberg kerana kenyataan Bloomberg tersebut adalah serius dan membawa implikasi yang besar. “Jika kenyataan saya itu tidak benar ia amat memalukan institusi Perdana Menteri Malaysia dan menghakis keyakinan rakyat dan pelabur tentang kesungguhan PMX untuk memerangi rasuah,” katanya. Sebelum ini, Bloomberg melaporkan Anwar telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya serta bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Laporan media antarabangsa itu juga menyatakan terdapat arahan kepada SPRM untuk tidak menyiasat pembelian saham oleh bekas setiausaha politik Anwar, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. Pada masa sama, laporan Bloomberg turut menyatakan Jabatan Perdana Menteri menafikan segala dakwaan tersebut. Mengulas lanjut, Isham berkata, kenyataan Bloomkberg boleh menggambarkan bahawa usaha Anwar untuk memerangi rasuah hanyalah retorik semata-mata. “Jika kenyataan Bloomberg itu tidak benar, ia adalah fitnah yang berat. “Jika PMX terlalu sibuk untuk saman Bloomberg, saya lihat Peguam Negara juga boleh ambil tindakan ke atas Bloomberg mewakili kerajaan,” ujarnya. Tambah beliau, saranan itu dibuat kerana kenyataan Bloomberg tersebut ditujukan kepada Anwar atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri ketua kerajaan Malaysia dan situasi ini mencemarkan negara. “Peguam Negara boleh ambil tindakan ke atas Bloomberg di bawah Akta Komunikasi atau di bawah Kanun Keseksaan atas sebab fitnah jenayah. “Bloomberg juga ada pejabat di Malaysia. Ini bukan kali pertama Bloomberg membuat kenyataan yang mencemarkan imej dan reputasi Perdana Menteri,” tambah beliau. #TVPertiwi IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Berita Pertiwi
Berita Pertiwi
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 08 October 2024 04:00:30 GMT
39744
2007
757
195

Music

Download

Comments

fidzradz
-FiDzRaDz- :
Bagi sarranan pun kena panggil dengan polis? 😂😂😂😂😂😂😂
2024-10-08 04:13:55
469
kartelhalakiri
✄J͓̽e͓̽j͓̽a͓̽r͓̽r͓̽i͓̽e͓̽✄ :
sikit² saman 😂😂😂
2024-10-08 05:02:56
0
stayleto4
Sᖶᗩᖻᒪᘿᖶᓍ :
hanya ada di kerajaan madaninon sahaja
2024-10-08 04:20:03
123
adamzharif01
Adam :
zaman apa ni
2024-10-08 04:20:25
35
max31377
max313 :
polis berkerja utk siapa?
2024-10-08 07:10:30
26
mas.merah57
💥MAS MERAH❤️💥 :
ingat dia sape nak arah2 org.😂😂😂😂😂
2024-10-08 05:04:08
2
the.silent007
THE SILENT :
ZAMAN APA INI ❗🤷
2024-10-08 04:43:46
3
zulcartoon
ZULCARTOON :
Hahahaha..mintak2 lah jatuh cepat kerajaan yang sekarang ni
2024-10-08 07:01:49
15
korie_ayurie
Korie :
terbalik pulak yg dipanggil🤣 oh malaysiaku
2024-10-08 05:00:10
3
bengkel.kenderaan
hakimpomen🫡 :
madani huru hara 😂
2024-10-08 08:05:07
4
max21channel
max_sy :
lain mcm kerajaan skrg. pelik2
2024-10-08 06:49:15
5
awielaniawie
Awiela Ni Awie :
😂😂😂terbalik dh skrg...bkn terbaik...
2024-10-08 04:21:35
4
sona123_4560
akhir zaman :
susah hati dpt PM mcm ni
2024-10-08 05:20:13
4
23.roses1
Rose :
Hasbunallahuwaniqmalwakil
2024-10-08 04:35:40
3
thorthart
peramu :
xfaham dgn polis ..
2024-10-08 07:08:36
4
khairiyee
khairiyee :
org suruh Saman Bloomberg bkn kutip hisham
2024-10-08 05:00:08
2
itaqillah99
Ajbuz'ZaNbi :
hairankan
2024-10-08 05:52:38
2
user2823949990709
user2823949990709 :
aku pun tak fahamlah dg pdrm...sepatutnya panggil bloomberg bukan isham....
2024-10-08 05:55:57
4
user9744015470796
Daunnipah :
lawan PMX,lawan
2024-10-08 06:29:40
1
aemmiee69
aemii :
Aduss... Saran pun kena panggil polis... Ini kerajaan apa.
2024-10-08 05:18:28
5
kakrose260360
Kak Rose :
🥰harp kerajaan telus jgn koyak
2024-10-08 06:03:23
3
pojie095121
اللهم صلي الا سايدينا محمد :
Nampak pelik disitu🤔🤔🤔 tapi benar sedaghe2😅😅😅
2024-10-08 04:56:30
3
jimmyangler
kumbang terbang :
sensitifny
2024-10-08 06:56:24
1
To see more videos from user @beritapertiwi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About