@xtra_my: Replying to @yakuza sellershop Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun maut manakala seorang cedera parah selepas dirempuh pemandu dipercayai tidak siuman. Lapor Sinar Harian, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC. Suspek wanita berusia 49 tahun dilaporkan telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Susulan kejadian, netizen berkongsi video menunjukkan suspek wanita terbabit bercakap seorang diri dan menari-nari. #fyp #xtra #penuntun #uitmdungun #kemalangan #suspek #kurangsiuman #beritaditiktok #sembangentertainment