@jefrimejan11: Hari ni saya telah bangkitkan isu lepasan/lebihan air yang didakwa oleh penduduk Kg. Jaya Setia, Bestari Jaya yang dialirkan dari LRA milik Air Selangor melalui Parit 6 yang menjadi salah satu punca banjir di sini. Alhamdulilah disambut baik oleh Tuan Adam Saffian Ghazali, CEO Air Selangor untuk pihak beliau memberi penerangan kepada kami dan wakil penduduk berkenaan dakwaan tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti (JPK-INFRAGRO) Bagi Dewan Negeri Selangor Bil. 16/2024 Bagi Tahun 2024. Sesi pendengaran mengenai Program Smart Meter bersama Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. #PrihatinMesraBakti #guyupwakjep #BaktiUntukIjok #BaktiDemiSelangor #jefrimejan #jefrimejan79 #ijokselangor #Ijok