@xpose011: Penyakit taksub ini bahaya kerana akan membawa kepada Assobiyah pula. Penyakit taksub ini bahaya kerana ia akan menutup hati dari melihat kebenaran yang nyata. Penyakit taksub ini bahaya kerana ia akan tetap pertahankan sesuatu kebathilan yang jelas apatah lagi yang kesamaran. Penyakit taksub ini bahaya kerana ia akan memutarbelitkan sesuatu hujah yang sudah jelas bagi membenarkan pembawakan mereka. Penyakit taksub ini bahaya kerana ia membawa kepada perpecahan dan permusuhan. Andai sudah dibawa fakta yang jelas dan benar, lalu tetap diputarbelitkan dan tidak mahu menerimanya atas sebab taksub pada pendapat dan pengamalan kita, maka sungguh perlu dimuhasabah hadith di bawah: الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ Maksudnya: "Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan(merendahkan orang lain.“ [HR. Muslim: 91] Seharusnya, sikap kita sebagai seorang muslim terhadap setiap kebenaran adalah menerimanya secara penuh sebagaimana firman Allah swt: { وَمَاكَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَمُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللهُ وَرَسُولَهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةَ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً مُّبِينًا} Maksudnya: "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." [Surah al-Ahzab: 36] Berusahalah untuk melihat dan mengikuti kebenaran, bukannya hanya mengikuti orang.

XPOSE RADIKAL
XPOSE RADIKAL
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 15 October 2024 01:38:50 GMT
869
10
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About