@beritapertiwi: Oleh Kamil Awang Menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini, badan bukan kerajaan (NGO) Melayu berharap peruntukan agenda Bumiputera dipertingkatkan. Ketua Penerangan PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata Belanjawan 2025 perlu menjadi medan memperkasakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). “Belanjawan kali ini PERKASA amat berharap supaya kerajaan membelanjakan wang rakyat dengan berhemah. “Kerajaan harus mempelbagaikan bantuan IKS dengan mempermudahkan pinjaman, geran dan pelbagai lagi. “Kita berharap kerajaan memainkan peranan menaikkan ekonomi negara, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mempelbagaikan kemudahan perniagaan dalam membantu rakyat,” katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini. Belanjawan kali ini akan memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan reformasi sektor awam. Rasionalisasi subsidi petrol juga bakal menjadi tumpuan selepas subsidi diesel dimasuhkan pada Jun lalu. Irwan Fahmi berkata menjadi harapan rakyat agar belanjawan kali ini tidak diumumkan pemansuhan subsidi petrol. “Kembalikan subsidi kepada seluruh rakyat Malaysia kerana golongan T20 juga adalah golongan yang paling banyak membayar cukai kepada kerajaan,” katanya. Sementara itu, Gabungan Nasionalis berkata selain pembangunan IKS, Belanjawan 2025 perlu memperuntukkan aspek memelihara bahasa dan warisan Melayu. Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata melalui Belanjawan 2025 diharapkan Majlis Tanah Rezab Bumiputera dapat dibentuk. “Pembentukan Majlis Tanah Rezab Bumiputera dengan peruntukan RM1 bilion setahun. “Sebuah Muzium Sejarah Melayu juga perlu dibina dengan peruntukan RM50 juta setahun. “⁠Penambahan peruntukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi projek memperkasakan bahasa Melayu sebanyak RM50 juta,” katanya. Aminuddin berkata sebagai tambahan, Belanjawan 2025 perlu menambahkan peruntukan latihan keusahawanan Bumiputera sebanyak RM50 juta lagi. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pula berharap kerajaan meningkatkan bantuan tunai bulanan selepas subsidi pukal dimansuhkan. Setiausaha Agungya, Ahmad Yazid Othman berkata tidak ketinggalan pelepasan atau pengurangan cukai korporat untuk sektor IKS. “Kerajaan perlu menambah dana untuk usahawan Bumiputera melalui institusi Bumiputra seperti MARA dan lain-lain,” katanya. IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi #Belanjawan2025 #NGO #Melayu #Bumiputera #PERKASA

Berita Pertiwi
Berita Pertiwi
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 15 October 2024 08:54:58 GMT
2641
104
7
3

Music

Download

Comments

timewastingexpert
TWE :
kata Mat Salleh .... better to teach u how to fish than to give u the fish. dah 60 tahun & nak salahkan org pulak
2024-10-15 10:24:14
0
anuar.ibrahim51
Anuar Ibrahim :
pmx elok undur
2024-10-15 09:45:39
0
bengoo83
bengoo83 :
Kalo depa mintak sg4 angkat wadah cam karang ni kan bagus
2024-10-15 09:38:17
0
panglimahijau0
panglimahijau0 :
ampa jangan mimpi la anak cina je anak dia
2024-10-15 09:23:19
0
drj040
drj :
🤣🤣🤣60 tahun...
2024-10-15 09:19:15
0
rahimbotak84
Rahim botak :
tu pon kalau dia olang mau bg 👂telinganya mendekati nya.
2024-10-15 09:16:08
0
tim_g8
Ditto2228 :
selalu minta lebih peruntukan tapi hasil haprak mana pergi.. cukuplah kali ini. jgn terlalu tamak.
2024-10-15 09:01:52
0
To see more videos from user @beritapertiwi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About