@beritapertiwi: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak cadangan untuk melaksanakan gencatan senjata di Lubnan sekali gus membuka ruang untuk kepada Hizbullah untuk mendekatkan posisi di sempadan utara Israel ketika kumpulan itu mengancam meluaskan serangan mereka. Kenyataan Netanyahu dibuat ekoran tekanan daripada Amerika Syarikat berhubung tindakan kejam Israel di Lubnan dan Gaza susulan pengeboman di Beirut dan saranan untuk membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Menerusi panggilan telefon bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Netanyahu menolak sepenuhnya saranan gencatan senjata. Netanyahu dan tentera Israel mendesak supaya mewujudkan zon penampan antara sempadan Israel dan Lubnan seedangkan kawasan itu disahkan tidak mempunyai kehadiran pejuang Hizbullah. “Netanyahu menjelaskan bahawa Israel tidak akan bersetuju dengan mana-mana perjanjian yang tidak akan menyediakan zon penampan atau usaha menghalang Hizbullah. Timbalan Ketua Hizbullah Naim Qassem memaklumkan satu-satunya penyelesaian bagi menghentikan peperangan rentas sempadan ini adalah dengan melakukan gencatan senjata sambil mengancam untuk meluaskan lagi serangan peluru berpandunya di seluruh Israel. “Oleh kerana zionis Israel menyasarkan seluruh Lubnan, maka kami mempunyai hak untuk mempertahankan bumi kami dan menyasarkan di mana-mana tempat di Israel, tegas Naim. Pada awal Rabu, tentera Israel melaporkan kira-kira 50 peluru telah ditembak dari Lubnan menyasarkan utara negara haramnya itu tanpa sebarang laporan kematian. IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Berita Pertiwi
Berita Pertiwi
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 16 October 2024 08:10:02 GMT
2064
66
3
4

Music

Download

Comments

shahspray3399
shahspray3399 :
🤣🤣🤣
2024-10-16 09:01:03
2
user4261055956775
killer :
Blessed are you Mr
2024-10-16 11:09:49
1
To see more videos from user @beritapertiwi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About