@xpose011: Berkongsi pengalaman sebagai isteri kepada seorang anggota VAT 69 Komando, Siti Patimah Harun, , berkata setiap kali suaminya terlibat dengan tugasan yang akan mengambil masa lama, hatinya tidak pernah tenang kerana ketika itu komunikasi adalah terhad. "Suami tidak bagi tahu berapa lama akan pergi operasi, cuma kata pergi gerakan (banteras komunis), semasa itu pula tiada telefon, jadi kita tunggu sajalah bila dia akan balik. "Kalau kita dengar bunyi enjin trak polis atau helikopter tidak kira masa, kita isteri-isteri komando ini cepat-cepat turun ke sekitar kawasan berek untuk tengok, sebab tahu suami masing-masing dah balik. Siti Patimah berkata bagaimanapun, apabila datang helikopter dan ambulans tanpa siren, para isteri akan saling berpelukan dengan linangan air mata kerana tahu ia membawa jenazah suami, seorang daripada mereka. Bercerita lebih lanjut kisah sebagai isteri komando, ibu kepada tiga anak berusia lingkungan 39 hingga 41 tahun itu berkata, paling tidak boleh dilupakan adalah ketika suaminya Baharuddin Ahmad Junan, 73, terlibat Operasi Bamboo II di sempadan Malaysia-Thailand pada 1978 bagi membasmi ancaman Parti Komunis Malaya. Katanya ketika itu beliau yang berasal dari Baling, Kedah sedang sarat mengandung enam bulan anak keduanya sebelum diberitahu oleh suami, dia terlibat dalam operasi itu. "Selepas seminggu suami pergi, ketika beliau sedang suap anak sulung makan tengah hari di berek di Ipoh, datang seorang anggota polis beritahu suami cedera semasa bertugas dan dirawat di Hospital Pulau Pinang. "Ketika sampai di hospital, amat terkejut tengok keadaan suami sangat teruk dengan 28 jahitan di kepala selain patah tangan kiri. Paling saya terkejut apabila suami seolah-olah hilang ingatan," katanya mengimbau kembali kecederaan yang dialami suaminya ketika menyediakan tempat pendaratan helikopter. Menurut Siti Patimah, walaupun pernah berdepan dengan situasi yang dianggapnya tragis dalam kehidupan, namun ia tidak pernah membuatnya melarang suami daripada terus berjuang kerana sedar ia adalah untuk anak cucu sendiri pada masa akan datang. Bagi Siti Hanipah Omar, 59, pula menjadi isteri kepada seorang komando lebih-lebih lagi semasa zaman komunis memerlukan kekuatan dan kecekalan diri untuk menghadapi sebarang situasi pada bila-bila masa. Katanya ketika perkahwinan beliau baru mencecah usia seminggu, suaminya Basrah Jali terlibat dalam operasi selama tiga minggu iaitu pada 1982. Siti Hanipah berkata paling menyedihkan apabila wang yang ditinggalkan oleh suami telah habis atau ketika itu diri tidak sihat, namun semua itu tidak pernah membuatnya menghalang suami daripada terus melaksanakan tugas. Sementara itu, Mastura Ramly, 66, dari Melaka berkata suaminya Abd Ghani Mahmood yang juga anggota VAT 69 Komando kerap terlibat dalam operasi menghapuskan komunis dan disebabkan itu hubungan dengan para isteri anggota yang lain sangat erat.

XPOSE RADIKAL
XPOSE RADIKAL
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 18 October 2024 00:37:02 GMT
6816
193
12
4

Music

Download

Comments

zailan4804
ZAILAN :
semoga Allah cucuri rahmat pd yg berjuang utk agama bangsa negara
2024-10-18 03:47:56
4
hanif.rafael
Hanif Rafael :
arwah ayah membe penah ckp,kuar operasi tu tgk muka makcik hang kita tgk last la tu..tktau blk nnt ada nyawa lg ke tk..
2024-10-18 03:12:58
1
ularsawa0
user708164 :
besar nya pengorbanan Angota keselamatan dan keluarga
2024-10-19 05:00:13
0
atuk.pjk
atuk pjk :
salute kepada Pejuang Negara🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲👍👍👍
2024-10-18 04:03:13
4
ninety.nine31
Ninety Nine :
😂😂😂
2024-10-30 11:06:18
0
zainudin.ab.kadir
Zainudin Ab Kadir :
dulu air mata dan darah berlinang membasahi pipi dan baju....skrg tengoklah apa yg generasi muda balas...mcm musibat...
2024-10-18 04:19:31
4
long_jemie
Long Jemie :
itu pun hari ni masih ramai rakyat dan pak menteri yg sokong perjuangan komunis. shamed of you
2024-10-18 12:07:34
2
end.tay
Endtay @ Menamer leknip relaay :
salute VAT69
2024-10-18 08:17:04
2
abdullah.wali.suja
abdullah WALI SUJA :
Ada lagi yang HEBAT banyak penZINA dan peROGOL yang MATI tanpa di KETAHUI penyebabNYA😁...!!!
2024-10-18 04:40:13
0
ismail616616
jebat616 :
alfatihah kepada pejuang. moga dicucuri rahmat ahli keluarganya. Kesal kepada penyokong komunis yg Ada hingga Kita lupa sedara mara cucu cicit dah jadi wakil rakyat.
2024-11-09 23:50:23
0
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About