@beritapertiwi: Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang akan berangkat ke luar negara agar tidak melupakan tujuan asal ke sana. Pengerusi MARA itu berkata setiap pelajar mendapat tajaan ratusan malah jutaan ringgit untuk ke luar negara maka peluang itu tidak wajar disia-siakan. “RM1.1 juta, RM1.2 juta dan RM750,000. Kamu semua tahu berapa bajet setahun kita peruntukan untuk pelajar luar negara? RM2 bilion setahun. “Untuk orang Melayu, Bumiputera. Kenapa kita boleh buat? Sebab Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang diletakkan syarat oleh pimpinan terdahulu. “Kalau dapat semua itu kerana hak kita, itu salah sebab ini semua adalah wang amanah rakyat yang disalurkan melalui MARA,” katanya ketika berucap di Kolej MARA Seremban. IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi #AsyrafWajdi #PengerusiMara #pelajartajaan #MARA