@adilahsalleh.official: JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA Wang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Wang Tak Dituntut (WTD) selepas 7 tahun. Berikut adalah prosesnya: 1. Tidak ada sebarang transaksi atau pengeluaran dalam akaun selama 7 tahun selepas kematian si mati, jika tidak ada tuntutan waris. 2. Selepas tempoh tersebut, wang dalam akaun bank akan dipindahkan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebagai WTD. 3. Waris masih boleh membuat tuntutan dari WTD. Pastikan waris mengetahui kewujudan wang simpanan si mati bagi mengelakkan wang terbiar lama tanpa tuntutan. #fyp #jabatanakauntannegara #JANM #wtd #pusaka #faraid