@xpose011: Choon Siang, 59, sukar dicari ganti, beliau yang bakal bersara pada 16 September , adalah pegawai kanan berbangsa Cina yang pertama berkhidmat paling lama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu 42 tahun, sembilan bulan dan lapan hari. Darah kesatria yang mengalir dalam diri beliau diwarisi daripada bapanya yang berkhidmat sebagai tentera udara British semasa Perang Dunia Kedua. Menceritakan pengalamannya sewaktu berdepan musuh dalam mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi negara, beliau berkata, tahap kejayaan mereka apabila dapat membunuh dan menangkap lebih ramai komunis. Kalau balik tangan kosong dianggap tidak berjaya, kalau beliau kata tidak takut, itu bohonglah. Kejayaan pasukan keselamatan dapat mengalahkan ideologi komunis, ia adalah kejayaan pasukan . Zaman itu, kejayaan mengusung keluar mayat komunis adalah suatu kejayaan yang besar dan amat dibanggakan,” kata pejuang yang dilahirkan di Johor dan dibesarkan di Pulau Pinang . Antara pencapaian sepanjang bertugas sebagai pegawai tentera, beliau menyelesaikan 97 kes termasuk melakukan tangkapan seramai 177 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dengan nilai rampasan RM1.2 juta. Dalam pada itu, Choon Siang yang merupakan lepasan ijazah pengurusan di Australia pada 1992 dan memperoleh sarjana di UKM dalam jurusan pertahanan berpendapat usaha yang berterusan diperlukan untuk mengubah persepsi kerjaya dalam tentera khususnya bagi kaum Cina. “Persatuan Veteran Cina ATM perlu berusaha meningkatkan publisiti dan memacu perekrutan seperti menyiarkan lebih banyak berita dalam akhbar Cina dan masuk ke kampung Cina untuk menjalankan promosi,” katanya. Sementara itu, bagi Lt Kol (B) Nartono Tungal, 62, yang berkhidmat dalam Rejimen Renjer Diraja dan Kor Risik Diraja pula, pengalaman memimpin pasukan dalam pertempuran dengan gerombolan komunis di Kampung Batu Lapan, Tanjung Pari di Baling, Kedah akan terpahat dalam sanubarinya. “Ia pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Dalam insiden tersebut tiga pengganas komunis didapati cedera parah berdasarkan kesan darah,” katanya yang pernah berkhidmat di Bosnia Herzegovina suatu ketika dahulu. Beliau menasihati generasi muda supaya bersatu tanpa mengira latar belakang kaum dan agama agar dapat mempertahankan kemerdekaan yang dinikmati sekarang. Antara pasukan yang pernah menerima khidmat Nartono ialah pasukan 1 Renjer Melaka, Markas 6 Briged Sungai Petani, 6 Renjer Bau Sarawak, Yunif 413 Solo Indonesia, Batalion 303 Temenggor Grik Perak, Markas 10 Briged Para Melaka, MIO Sibu Sarawak, MIO Miri Sarawak. Selain itu, Markas 1 Division Kuching, Bosnia Herzegovina, Kompeni Pertama Risik Medan Kuching Sarawak, 165 Batalion Risik Penang, TMBCO Songkhla Selatan Thailand dan Markas Medan Tentera Darat Kuala Lumpur.
XPOSE RADIKAL
Region: MY
Monday 21 October 2024 02:02:34 GMT
Music
Download
Comments
niknasir :
ramai je kaum2 lain berjuang terkorban utk negara ini tapi sejarah mereka seperti jarang ditulis
2024-10-25 23:14:19
11
MD Khalid4939 :
Jgn ada penglibatan parti politik je.
2024-10-22 00:36:45
7
asmad2009 :
Mantappp
2024-10-27 09:43:15
3
Pak ajak :
sy berdoa Mejar Jenaral Dato Toh choon Siang Dan Lt kol Nortono sihat selalu disamping keluarga ,sy merasa. bangga atas perkhimatan tuan , Dari sy 3 Rjr Kem Terendak 1981 yg baru posting Dr Tawau
2024-10-28 06:35:35
3
FARID RAHMAN :
tanya dia anak dia sekolah kat mane? jiwa dia susah nak tahu.tetap xbole perca.ya.
2024-10-27 05:30:18
2
Hj Thohar Salmah :
😳😳😳
2024-10-21 17:44:57
1
Wak Gapar APWK :
orang politik berotak taik saja yg byk mengelirukan dan mengotorkan minda generasi penerus
2024-11-23 03:33:00
1
iranir709 :
Salute
2024-10-27 02:01:58
1
Nizam Kamjat :
Dulu2 memang pure...sekarang yang ada sekeliling perlu berwaspada...
2024-11-17 12:07:30
1
Pak Lang Terapi :
Mej Jen Dato Toh Choon Siang, antara bekas CO yang rapat dan menjaga anggota anggota bawahannya 💪
2024-11-10 17:12:46
1
user9428881160016 :
🥰
2025-11-07 10:55:55
0
user6981014635069 :
Apa rank dia sebelum pencen.
2024-10-21 02:58:32
0
hsan :
tahun bila tu tuan
2025-01-30 23:56:45
0
bigreen :
Salute sir for your service to Malaysia
2024-12-27 13:23:23
0
adijagas :
di mana bumi di pijak disitu langit di junjung
2024-11-05 09:59:41
0
Adaikalam Muthusamy :
salute
2024-11-01 13:36:27
0
zainal :
Yg dimaksudkan Mej Toh yg kat Pulada ke .?
2024-11-01 05:30:25
0
Rohida Isa :
Bukan semuanya tak baik ada yg.baik
tapi selalu kita jumpa yg.cakap pusing2
banyak tak pernah jumpa cina baik.
2024-10-29 06:12:58
0
Pak ajak :
ketika itu .skg sy dah 65 .tapi semangat tu Masih membara agi idup Agi Ngalaban
2024-10-28 06:37:27
0
matjaky :
INSAN BERJIWA PATROTIK.
2024-10-27 07:08:26
0
Gerard Well :
👍👍👍👍👍👍
2024-10-25 14:15:24
0
mohdsalleh800 :
he is actually One of Them
2024-10-24 07:24:13
0
anazahari407 :
salute
2024-10-22 10:11:52
0
zulnh :
Tu dulu...
2024-10-21 16:37:53
0
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm
homepage.