@sirapbirumissing: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT 850-11) melakukan atur gerak bagi memberi bantuan kemanusiaan berupa sumbangan air bersih kepada Hospital Tibnine di Selatan Lubnan. Markas Angkatan Bersama dalam satu kenyataannya berkata, atur gerak menyalurkan bantuan kemanusiaan itu dilakukan pada Isnin dan Selasa. Kata kenyataan itu, ia merupakan sebahagian Program Jiwa Murni Civil Military Cooperation (CIMIC) bertujuan membantu masyarakat setempat yang terjejas konflik yang berlarutan di negara tersebut. Sumber: Sinar Harian https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb