@chaydeancomtam: #travinh #banhtet #amthuc #dacsanmientay Series Ẩm thực quê hương Trà Vinh - Part 1 Bánh tét Trà Cuôn nét văn hóa của quê hương Trà Vinh. Liên hệ với một người bạn cũ, là chủ của một trong những lò Bánh tét lớn nhất Trà Vinh và đề xuất quay tặng bạn một video. Mình được cô Hai tiếp đón nhiệt tình, hướng dẫn chi tiết quy trình làm ra 01 chiếc bánh, lúc về còn được cô tặng 02 đòn bánh tét. Địa chỉ mình thực hiện video: Bánh tét Trà Cuôn Hai Lý, ấp Trà Cuôn, xã Kim Hòa, huyện Cầu Ngang, tỉnh Trà Vinh.

Chạy bộ để ăn cơm tấm
Chạy bộ để ăn cơm tấm
Open In TikTok:
Region: VN
Saturday 26 October 2024 04:30:27 GMT
21226
453
10
361

Music

Download

Comments

nhuuuu.u
thanh như :
cho e xin clip này dc hg ạ , e ghi nguồn
2025-04-12 05:28:01
2
nocnoc123___
nocnoc :
clip gơi bánh nhìn ngon quá, cho em xin clip này để làm bài học được không ạ
2025-02-27 01:28:23
1
mythai_01
Bé Myy :
Nhanh quá ta
2024-10-26 04:34:21
1
h.o.a.81
H.O.A.81 :
Lúc này đổi nghề hả bé
2024-10-26 05:05:42
1
libra.atus
zoo🦦🦨 :
cho e xin clip làm bài học được hông ạa
2025-09-23 05:59:37
1
To see more videos from user @chaydeancomtam, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


"Berbekalkan senapang usang, kami tetap bertempur dengan pengganas Komunis" "Masih segar dalam ingatan, melihat kapal terbang Jepun berterbangan di udara dan tentera Jepun menunggang kuda tiba di Kelantan pada 1941. "Menyaksikan sendiri penduduk kena 'penampar' oleh tentera Jepun menjadi pengalaman amat menakutkan jika kita tidak tunduk kepada mereka atau menjawab soalan yang ditanya," kata bekas pengawal kampung (home guard) Mat Ariffin Mat Deris, 98. Menceritakan pengalamannya, Mat Ariffin mengakui berbangga menyimpan kenangan bermula sejak zaman pendudukan Jepun, era darurat sehingga negara mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Mat Ariffin yang dilahirkan di Kampung Kuin Merah, Rantau Panjang, Kelantan berkata, selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu, dia menyertai pasukan pengawal kampung atau home guard yang diasaskan British di Tanah Melayu ketika berusia 17 tahun. "Ketika menjadi pengawal kampung, saya dan pasukan ditempatkan di Kampung Banggul Cik Wan dan berdekatan pentadbiran Balai Polis Meranti dalam kawasan Pasir Mas yang ditadbir seorang pegawai British. "Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu, negara ketika itu diancam dengan pengganas komunis yang bergerak secara gerila di hutan dan boleh dikatakan setiap hari berlaku serangan hendap di kawasan kampung saya," Menurut Mat Ariffin, tugasnya bersama tujuh anggota lain dalam pasukan pengawal kampung itu berperanan membantu polis menjaga keselamatan kampung dan ketenteraman awan. "Saya bersama penduduk lebih banyak memantau dan menjaga keselamatan di kampung termasuk sekatan jalan raya, memeriksa kenderaan yang dikhuatiri menyeludup masuk makanan untuk dibekalkan kepada pengganas komunis di hutan. "Ketika bertugas, kami cuma dibekalkan senapang patah Johnson atau dikenali senapang cap burung hantu untuk mengawal dan membedil pengganas komunis sekiranya bertembung," katanya yang kini menetap di Kampung Tanjung Buluh, Kerambit, Kuala Lipis. Mat Ariffin bersama rakan pernah bertempur dengan pengganas komunis di Weng, Sungai Golok dan ketika pertempuran itu mereka berjaya menembak mati seorang anggota komunis serta mencederakan rakan pengganas yang lain. Katanya, semangat berjuang melawan musuh negara tidak pernah luntur dalam dirinya dan menasihatkan anak muda supaya mengikut semangat pahlawan dan tokoh silam dalam mempertahankan kedaulatan tanah air. "Apabila pasukan pengawal kampung dibubarkan selepas darurat, saya masuk polis dan bertugas di Kelantan sehingga bersara. "Tempat terakhir saya bertugas ialah di Balai Polis Meranti di Pasir Mas," katanya yang mempunyai 13 anak dan 40 cucu. Sepanjang berbakti pada negara, Mat Ariffin pernah menerima sijil penghargaan sempena sambutan Hari Polis Ke-214 Peringkat Negeri.

About