@kastammalaysiaofficial: ๐๐๐ง๐ขโ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ฅ๐ ๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ฆ, ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ฆ, ๐ฎ๐ณ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ- YBhg. Datoโ Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam telah menghadiri Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Masyarakat Padang Rengas yang diadakan di Arena Square Pekan Isnin Padang Rengas, Perak. Program ini juga turut dihadiri YAB Datoโ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, YH. Datoโ Abdul Ghafar bin Mohamad, Pengarah Kastam Negeri Perak, Tuan Nor Sobri bin Abdullah, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Perak dan juga dif-dif jemputan yang lain. YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dalam ucaptama beliau menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Datoโ Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam atas usaha JKDM memungut hasil negara bagi membantu usaha beliau dalam memacu perkembangan sosio-ekonomi di kawasan bandar dan juga luar bandar. Semoga dengan penghargaan ini akan dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga JKDM untuk mencapai sasaran hasil yang telah ditetapkan oleh jabatan. Pada program ini, Ketua Pengarah Kastam, YBhg. Datoโ Anis Rizana binti Mohd Zainudin telah menyerahkan simbolik kunci van jenazah kepada Pengerusi Masjid Al-Khairiah, Batu 18, Kampung Padang Asam, Encik Zainal Baderi bin Abdul Khanip yang disaksikan oleh YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan YAB Datoโ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak serta 5,000 orang pengunjung dalam program tersebut. Kampung Padang Asam, Padang Rengas merupakan Kampung Angkat kepada YBhg. Datoโ Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam bagi program Satu Kampung Satu Pemimpin (Santuni Madani). Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap komuniti setempat, JKDM telah menyumbangkan satu unit kenderaan jenis Multi-Purpose Vehicle (MPV) jenama Toyota Estima untuk dijadikan van jenazah bagi kegunaan Masjid Al-Khairiah, Batu 18, Kampung Padang Asam. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat. #CekapTangkasIntegriti #HentikanPenyeludupan #BerjasaPadaNusa #KastamMADANI #MalaysiaMADANI #Kesejahteraan #HKHM2024 #MalaysiaMADANI #JiwaMerdeka #Merdeka360 #Kesejahteraan ยฉ 2024 Cawangan Perhubungan Awam | JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
KastamMalaysiaOfficial
Region: MY
Monday 28 October 2024 05:34:59 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @kastammalaysiaofficial, please go to the Tikwm
homepage.