@sirapbirumissing: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, mencadangkan tempoh bertenang selama dua hari di Gaza dan pertukaran tebusan yang terhad bagi membuka ruang mengadakan rundingan gencatan senjata berkekalan selepas lebih setahun perang antara Israel-Palestin. Katanya, cadangan lain termasuklah menukar empat tebusan Israel yang ditahan di Gaza untuk tahanan Palestin di penjara Israel, diikuti dengan lebih banyak rundingan dalam tempoh 10 hari. Malah, Sisi juga memberi amaran mengenai kebuluran dan menegaskan adalah 'sangat penting untuk bantuan kemanusiaan masuk secepat mungkin'. https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb