@drhannan: 1. Dah jadi satu trend kat Malaysia sekarang , post gambar surat letak jawatan, lepas tu tulis satu post panjang tentang keburukan tempat kerja lama. Parkara ni berlaku di sektor kerajaan dan juga swasta. Bangga sangat resign daripada tempat yang toxic. 2. Saya personally pernah resign. Saya letak jawatan saya sebagai seorang doktor di Kementerian Kesihatan Malaysia. Tapi tak pernah sekali pon saya tulis saya resign sebab buruk kerja dengan kerajaan. 3. Sebab apa saya resign daripada kerja kerajaan ? Sebab saya nak buat benda lain. Hati saya bukan kat hospital dah. Bukan sebab kerajaan layan saya buruk. Sebab saya nampak masa depan saya dalam sektor lain. Bukan salah kerajaan. 4. Saya berterima kasih kepada semua boss2 saya sebelum ni. Banyak kali sudah saya buat posting pasal saya berterima kasih atas segala tunjuk ajar daripada orang atasan saya. X pernah sekali pon saya salahkan mereka atas perletakan jawatan saya. 5. Hentikan budaya salahkan orang lain. Tiada orang paksa saya utk kerja dengan kerajaan. Itu pilihan saya. Pilihan untuk letak jawatan juga atas kehendak saya. Semua itu hak individual. Sebagimana kita ambik kredit atas segala kejayaan kita , kita juga perlu bertanggungjawab atas segala pilihan dalam kehidupan kita. 6. Hentikan budaya salahkan orang lain. Baiki diri sendiri. Buat yang terbaik utk diri sendiri . Hidup kita , kita yang decide . Semoga Allah melindungi dan memberkati kita semua. InsyaAllah ❤️