@neutralpress: PUTRAJAYA: Esok, Mahkamah Rayuan akan memutuskan sama ada untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak atau mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd. Sepanjang tujuh bulan lalu, pasukan pembelaan mengemukakan rayuan dengan 307 alasan mengapa Najib tidak patut didapati bersalah atas semua tujuh tuduhan. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang dijadualkan bermula jam 9 pagi. Antara alasan dikemukakan Najib untuk dipertimbangkan ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang membuat keputusan mensabitkannya pada 28 Julai tahun lalu, gagal menimbangkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menipu dan memanipulasi akaun bank milik bekas Perdana Menteri itu. Najib menyatakan Mohd Nazlan terkhilaf dalam fakta dan undang-undang ketika mendapati pembabitan Jho Low dalam arahan pengeluaran dana dan keterangan lain yang menunjukkan kegunaan dana SRC untuk kepentingan ahli perniagaan itu termasuk RM42 juta dalam asas tuduhan, bukan keterangan yang memihak kepadanya. Mohd Nazlan turut didakwa terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mendapati Najib mempunyai kepentingan dalam SRC dan membuat dapatan dana RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu milik SRC serta gagal mengambil kira sumbernya adalah Ihsan Perdana Sdn Bhd yang tidak diperincikan dalam kertas tuduhan. Najib mendakwa, Mohd Nazlan turut terkhilaf apabila membuat dapatan pembelaan mengenai sumbangan daripada Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud, melalui tiga pucuk surat, adalah rekaan. Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak alasan berkenaan dan mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap Najib, peluang terakhirnya ialah mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Sementara itu, hari ini panel sama akan mendengar permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuannya. Dalam notis usul yang difailkan pada 2 Disember lalu, Najib memohon memasukkan bukti baharu dengan mendakwa wujud pembabitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Jho Low. Prosiding rayuan Ahli Parlimen Pekan itu berlangsung selama 15 hari bermula 5 hingga 8 April, 12 hingga 15 April dan 19 hingga 22 April dan atas permohonan pembelaan, panel memutuskan melanjutkan prosiding dari 27 hingga 28 April serta 18 Mei lalu. Sepanjang prosiding rayuan berkenaan, Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram bertindak bagi pihak pendakwaan, Najib merayu keputusan Mohd Nazlan yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC. SRC ialah subsidiari kepada syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram (masing-masing tiga tuduhan) serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan. Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan ia berjalan serentak. Najib dibebaskan selepas diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuan diputuskan. #NP #NeutralPress #BeritaTikTok #BreakingNews #fyp #foryourpage #fyp #awani #bernama #harianmetro #FMT #beritaharian

NeutralPress
NeutralPress
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 29 October 2024 10:29:07 GMT
789
25
1
0

Music

Download

Comments

tanahairku03
TanahAirKu03 :
kene bela diri...wak jahid masih berkuasa
2024-10-29 11:30:57
0
To see more videos from user @neutralpress, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About