@rozmalmalakan: Seorang Ahli Parlimen kerajaan, membantah pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 berikutan menelan belanja besar dan bukan keperluan mendesak untuk rakyat. Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang berpendirian kerajaan perlu membuat kajian lanjut bagi melaksanakan program mengikut keperluan dan berimpak tinggi yang lebih memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat. "Saya berdiri hari ini dengan pendirian yang jelas, iaitu saya membantah cadangan untuk melaksanakan semula PLKN atas beberapa sebab yang akan saya jelaskan. "Pertama, PLKN memerlukan peruntukan sangat besar. Dalam keadaan ekonomi sekarang, negara kita masih berhadapan dengan masalah kewangan. "Kita masih berada dalam proses pemulihan pasca-pandemik, dengan kos sara hidup yang tinggi dan rakyat berdepan tekanan inflasi. "Tidakkah dana yang diperuntukkan untuk PLKN lebih baik dialihkan kepada sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi rakyat? Adakah program ini satu keperluan mendesak pada masa ini?" katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat hari ini. "Sejak awal, PLKN diperkenalkan untuk membina semangat patriotisme, disiplin dan perpaduan dalam kalangan belia. "Namun, apakah ada kajian mendalam benar-benar menunjukkan keberkesanan PLKN dan pencapaian matlamat asalnya "Ini menimbulkan kebimbangan sama ada PLKN benar-benar memberikan nilai tambah kepada belia atau sekadar menjadi program rutin tanpa perubahan yang signifikan," katanya. Katanya, walaupun sasaran utama PLKN 3.0 adalah pelajar yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun tidak mengecualikan pelajar serta graduan universiti. "Apa yang ingin saya nyatakan ialah golongan belia di bawah umur 35 tahun ini kebanyakannya masih berada dalam fasa pengajian, malah ada yang sudah menamatkan pengajian di universiti dan bekerja di alam pekerjaan, bahkan ada yang sudah berkeluarga. "Jika sebahagian daripada golongan ini menyertai PLKN, walaupun hanya untuk tempoh dua bulan, ia mungkin memberi kesan besar kepada kehidupan mereka. "Ketiadaan pendapatan selama dua bulan bermakna tiada gaji untuk tempoh tersebut, sedangkan ramai antara mereka perlu menanggung kos kehidupan seperti bayaran pinjaman rumah, kereta dan perbelanjaan untuk anak-anak. "Bagi sesetengah penuntut pula, mereka mungkin memilih untuk bekerja sambilan pada cuti semester untuk menampung kos pengajian. "Jika tujuannya untuk melahirkan belia yang lebih berdisiplin dan patriotik, mengapa kita tidak fokus kepada program lebih holistik, yang melibatkan komuniti, pendidikan formal dan bukan formal? "Kita mempunyai program sedia ada seperti Rakan Muda, program sukarelawan dan pelbagai inisiatif di sekolah dan universiti yang boleh diperbaiki serta diperluas untuk membina nilai-nilai yang sama tanpa membebankan belanjawan negara. Disiarkan pada: Oktober 29, 2024 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1149563/ahli-parlimen-kerajaan-bantah-pelaksanaan-plkn-30

Rozmal bin Malakan
Rozmal bin Malakan
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 29 October 2024 10:35:31 GMT
125036
1493
1264
245

Music

Download

Comments

sean_lumakim
Sean Lumakim :
Money money money, way to cleaned up dirty money...
2024-10-30 02:48:11
1
user9209217768161
user9209217768161 :
TOTALLY AGREED. THIS PROGRAM IS UNSUITABLE AND IRRELEVENT AT THE MOMENT.
2024-10-30 03:36:07
0
bluekoie
blukoi :
100% agree with you MP..
2024-10-30 03:56:43
0
sr027_lat
Shaiful027 :
sebenar PLKN yg diwujudkan saat ini hanya seperti hendak menyeleweng dana sahaja bukan hendak membantu rakyat pun
2024-10-29 11:10:51
345
kw92145
kw :
SYABAS mp raub !!memang benar dan tepat sekali. Harap lebih ramai mp2 yg berani bersuara. Jgn menjadi boneka kjaan. Jlnkan tugas anda dgn integrity tinggi.
2024-10-29 13:59:01
129
ironmask71
ironmask71 :
Ke Mana Hala Tuju PLKN, Setalah Tamat Latihan...??? Ada Kerjaya Ke...???
2024-10-29 10:58:23
87
speedmirza
roslan mb :
apa kebaikan plkn 000 semuanya hanya pembaziran duit rakyat
2024-10-29 11:04:42
115
mdlie76
Tankies76 :
Suatu pembaziran duit rakyat.. yg untung kroni2 dgn tender2..
2024-10-29 11:44:19
155
user2128430842616
user2128430842616 :
ya setuju pakat ramai-ramai bantah PLKN ni membazir saja tak kena pada masanya. kata hutang negara bertimbun lagi nak buang duit kat situ.
2024-10-29 11:00:46
93
user61743395818728
user61743395818728 :
Aku setuju dengan ahli parlimen ni
2024-10-29 10:51:21
114
keriii32
shukri :
SETUJU.PEMBAZIRAN BESAR
2024-10-29 11:13:04
102
mirmeermir
Mir meer Mir :
tak perlu pn PLKN, buat arahan wajib khidmatan tentera selama 2 tahun kpd remaja berumur 18 thn ke atas, dh tamat khidmatan 2 tahun,atm menawar mrk utk berkhidmatan tetap jika mrk berminat.
2024-10-29 19:49:44
31
chompandchatter
ChompAndChatter :
Kerajaan harus membelanjakan wang untuk hospital dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik
2024-10-29 11:33:54
56
zulkhplinayan
kanda :
Kena jalankan terus PLKn.. mendidik untuk persediaan..
2024-10-29 11:41:19
12
_pakciksuper_
_pak cik super_⚡ :
betul jugak tu klau dipikirkan, bazir mase je, tp klau hbis PLKN terus serap ke jabatan bomba okey jugak..
2024-10-29 14:05:23
10
sya_farin87mlk
Sya_Farin@Msbc87 :
kalau plkn bermanfaat baik selepas tamat latihan plkn semua yg menyertai plkn diserapkan ke agensi2 yg sepatutnnya seperti pdrm,tentera & dll..
2024-10-29 13:10:55
8
md.dzali.abdul.ma
Md Dzali Abdul Majid :
PLKN perlu bagi mendidik generasi baru sentiasa bersedia mempertahankan negara jika diperlukan. Asas ketenteraan itu penting.
2024-10-29 11:46:52
13
nicklex78
过客 :
bkn tak nk PLKN, tp mmg tekanan hidup lg tinggi sampai mencekik
2024-10-29 10:44:36
62
norlizaghaz10
LizaNoor :
kan dah agak .. umum bagai rak... kajian ke laut bajet pun xdok😏😏😏
2024-10-29 11:25:59
27
elitejai
ARIES GUY :
Apa faedah PLKN ni.
2024-10-29 11:36:52
7
To see more videos from user @rozmalmalakan, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About