@mycommunitynewssabah: Kartina Abdul Ghani, 53, berjaya menerbitkan hasil usahanya iaitu aplikasi Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah dan Kalendar Perayaan dan Festival Sabah terus ke 'Google Play Store' dan 'Apple App Store', tepat pukul 6.27 pagi pada Khamis. Kejayaan dan usaha gigih Kartina yang juga merupakan pengasas dan tenaga pengajar aplikasi mudah alih di Akademi Apps Master Builder (AMB), berupaya mencerminkan semangat juang dan kebolehan teknologinya dalam bidang pembangunan aplikasi. Pada 15 Oktober lalu Kartina telah memulakan pendakian pertamanya dan tiba ke puncak Gunung Kinabalu pada pendakian kelimanya pada Khamis. #mcnsabah #communitynews #gunungkinabalu #sabah