@myharmoniq: She loves hers.🫶🏽 #haircare #aesthetic #giftideas

harmoniq
harmoniq
Open In TikTok:
Region: IE
Friday 01 November 2024 17:56:51 GMT
300
4
3
5

Music

Download

Comments

yagirl_allitjee
~✝️🇨🇼Lia🇳🇬💕~ :
why you touchin it like that..
2024-11-02 10:33:10
1
To see more videos from user @myharmoniq, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) kesal apabila ada sebuah syarikat mengusir sekumpulan penduduk tanah rizab Melayu di Kedah. Paling dikesali ujar Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim, tiada langsung tindakan yang diambil Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri berkenaan meskipun aduan sudah dilakukan. “Saya amat kecewa kerana mereka tidak buat apa-apa walhal ia tanah rizab Melayu dan digadai kepada bukan Melayu konon atas perintah mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyerahkan surat permohonan ulasan isu tanah simpanan itu bersama sembilan penduduknya kepada Jabatan Ketua Pengarah PTG Persekutuan, di sini hari ini. Mereka mewakili lebih 30 penduduk generasi keenam Kampung Darat di Mukim Hutan Kampung, Daerah Kota Setar yang sudah mendiami tanah tersebut selama lebih 120 tahun dahulu. Isu berkenaan menyaksikan Hishamuddin tampil membantu dengan menyerahkan sendiri surat penjelasan kepada PTG Kedah di Alor Setar pada 13 Mac lalu namun tiada jawapan balas. “Ini bukan isu rasis meskipun syarikat itu 100 peratus milik bukan Melayu tetapi soal keadilan sebab melibatkan Enakmen Simpanan Melayu Kedah 1930 jelas dilindungi undang-undang,” katanya. Tambahan pula ujarnya, penghuni tanah itu hanya golongan miskin yang membayar cukai tanah dan diusir konon atas perintah mahkamah pada 2014 sebelum ia didapati palsu. Justeru, Hishamuddin bimbang kerana syarikat berkenaan akan sanggup berbuat apa sahaja untuk merobohkan kediaman penduduk kampung Melayu itu secara tidak berperikemanusiaan. Sehubungan itu, beliau meminta jasa baik pihak Jabatan Ketua Pengarah PTG Persekutuan untuk campur tangan dengan memberi ulasan dan seterusnya mempertahankan hak penduduk. Malah beliau yakin dengan kemampuan agensi tersebut kerana pernah membantu MHO dalam isu pertikaian tanah di Perak beberapa tahun lalu menerusi perintah kaveat mahkamah. “MHO juga berharap PTG Kedah agar dapat bawa kes ini kepada Pejabat Menteri Besar bagi membolehkan hak eksklusif tanah rizab Melayu ini terus dipertahankan,” katanya. Kerajaan negeri tegas beliau, wajar tidak ‘lepas tangan’ dalam isu ini kerana tanah itu tidak boleh dilupus kepada bukan Melayu yang menyalahi Seksyen 6 Enakmen Simpanan Melayu.  https://www.utusan.com.my/nasional/2024/05/mho-kesal-syarikat-halau-penduduk-di-tanah-rizab-kedah/

About