@xpose011: Peristiwa ‘Perang 14 Hari’ antara orang Melayu dengan tentera ‘Bintang Tiga’ yang juga terkenal sebagai ‘Perang Parang Panjang’ tercetus sekitar bulan Ogos 1945 sebaik pihak Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu. Kekejaman tentera Bintang Tiga ini mendapat liputan meluas Utusan Melayu sehingga memaksa orang Melayu mengasah parang dan ‘mengasap kemenyan’ selain memakai selempang merah bagi mempertahankan diri masing-masing daripada keganasan tentera Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM). Menurut Ishak Haji Mohamad dalam bukunya Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan (1997), Perang Parang Panjang merupakan kebangkitan orang Melayu menentang keganasan tentera Bintang Tiga yang bermaharajalela ketika itu. Ishak menceritakan, sejurus Jepun menyerah kalah, maka sekonyong-konyong keluarlah askar bintang tiga memakai uniform, bertopi tiga bucu lengkap dengan senapang dan bom tangan sambil mengarak seekor babi panggang untuk menunjukkan kekuatan. Selepas itu tentera Bintang Tiga mulalah menangkap orang Melayu dan India yang kononnya telah melakukan kesalahan. “Di antara kesalahan-kesalahan yang kononnya boleh mereka itu tangkap, bicarakan dan diputuskan dengan hukuman-hukuman berat ialah ‘tidak membayar hutang seringgit dua’ kepada para peniaga dan peraih-peraih iaitu hutang-hutang kecil yang lama sepuluh dua puluh tahun yang lampau” (Ishak Haji Muhamad 1997:181). Menurut Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 Tahun Merdeka (1982), ‘Perang 14 Hari’ itu timbul akibat syak wasangka orang Cina terhadap kejujuran orang Melayu yang sengaja ditiupkan oleh pihak komunis. Akibatnya, sebilangan besar orang Melayu merasakan perbuatan orang-orang Cina dalam tentera Bintang Tiga itu seolah-olah ‘ayam jantan berkokok’ yang menyombong di kampung orang. Akibatnya, sebilangan besar orang Melayu merasakan perbuatan orang-orang Cina dalam tentera Bintang Tiga itu seolah-olah ‘ayam jantan berkokok’ yang menyombong di kampung orang. Selepas itu berlakulah pertempuran sengit antara orang Cina dan Melayu di Lambor. Pergaduhan perkauman itu dapat diredakan apabila pihak Inggeris memaksa MPAJA menyerahkan senjata dan membubarkan tentera Bintang Tiga yang dikuasai komunis.
XPOSE RADIKAL
Region: MY
Monday 04 November 2024 02:12:00 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm
homepage.